web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Studio Murah, Minimalis Ini Rupanya Hanya Di Cheras!

2 sahabat karib membuka sebuah studio ala-ala minimalis dekorasi Korea Selatan untuk anda semua!

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2022 1:01PM

2 sahabat membuka studio dengan dekorasi minimalis ala-ala Korea Selatan di Traders Garden, Cheras. - Gambar dari Instagram kas.thestudio

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memasuki era media sosial ini, nampaknya trend bergambar di studio tak kiralah versi swafoto atau sebaliknya sudah mula menjadi trend.

Ramai yang mula mencari lokasi untuk sesi fotografi di dalam studio. Cuma itulah, susah sebenarnya untuk mencari studio dengan harga murah, lokasi bersesuaian dan cantik pada masa yang sama.

Carlynn (kiri) dan Angel nekad membuka sebuah studio dengan mengenakan bayaran yang berpatutan kepada pelanggan. - Gambar dari Instagram kas.thestudio
Carlynn (kiri) dan Angel nekad membuka sebuah studio dengan mengenakan bayaran yang berpatutan kepada pelanggan. - Gambar dari Instagram kas.thestudio

Itulah perkara sama yang difikirkan pengasas KAS Studio, Angel dan Carlynn sehingga membuatkan mereka membuka sebuah studio mampu sewa dengan dekorasi minimalis ala-ala Korea Selatan. Memang comel. 

“Saya seorang jurufoto yang sudah bekerja selama tiga tahun. Memang agak sukar untuk mencari studio bagi sesi fotografi. Kebanyakan tempat tidak menyediakan backdrop yang sesuai, selalu penuh jika hendak disewa atau lokasinya yang jauh. 

“Melihat kepada kekangan ini, saya dan Angel kemudian terfikir untuk menyediakan studio kami sendiri yang memberi fokus fotografi gaya hidup,” kata Angel ketika ditemui Getaran di KAS Studio baru-baru ini.

Dekorasi minimalis, menarik

Sahabat baik ini nampaknya tidak menunggu lama. Pada suatu hari mereka berbincang sesama sendiri sebelum akhirnya menyewa sebuah tapak kedai di Traders Garden untuk dijadikan studio. 

Namun begitu, kerana mementingkan cahaya matahari untuk memberi kesan neutral kepada foto yang diambil, dekorasi yang dipilih kebanyakannya berwarna putih.

“Konsep kami sangat minimalis dan memberi fokus kepada lifestyle photoshoot. Sebab itulah anda lihat ada katil di studio kami. Ia memberi anda aura seolah-olah berada di rumah,” tambah Angel pula.

Tawaran perkhidmatan

Baru tiga bulan KAS Studio dibuka, mereka menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan seperti sesi fotografi untuk pasangan, potret dan korporat. 

“Cas bayaran pula dimulakan dengan harga sewa studio RM150 untuk 2 jam pertama serta RM80 untuk jam-jam berikutnya.

“Jika pelanggan ingin menggunakan khidmat jurufoto kami, ia berharga RM200 untuk setiap satu jam. 

Kerana harga yang murah dan tempat yang selesa seperti kemudahan tandas dan ruang solek serta menukar pakaian, KAS Studio selalu menjadi pilihan ramai pempengaruh untuk melakukan penggambaran sesi penggambaran kandungan digital sendiri. 

Anda boleh menghubungi mereka menerusi Instagram atau mengunjungi studio berkenaan di 02-13, Traders Garden, Jalan Dataran Cheras 7 Balakong, 43200 Cheras, Selangor. - Getaran, 24 Julai 2022


 

Isu Pada

Awie - Kemudi Empayar Wings

23 Jul 2022

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan