web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sabah Daftar Kinabatangan Sebagai Tapak Rizab Biosfera Dunia

Sekiranya berjaya, Kinabatangan akan menjadi tapak rizab kedua di Sabah selepas Banjaran Crocker dan keempat di Malaysia

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 9:01PM

Kinabatangan, Sabah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kerajaan Sabah dalam usaha mendaftarkan Kinabatangan sebagai tapak rizab biosfera di bawah program Manusia dan Biosfera (MAB) Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata ia sebagai pengiktirafan daerah berkeluasan 6,605 km persegi itu terhadap sumber semula jadi dengan pelbagai fungsi ekologi penting serta landskap Kinabatangan yang unik dan kaya dengan biodiversiti.

"Sekiranya berjaya maka Kinabatangan akan menjadi tapak rizab kedua di Sabah selepas Banjaran Crocker dan keempat di Malaysia.

"Dengan pengiktirafan ini, masyarakat antarabangsa akan tertumpu ke Kinabatangan, khususnya Sukau, untuk menikmati alam sekitar lestari yang cukup dijaga dengan pembabitan komuniti tinggal dalam sekitar kawasan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Biodiversiti Sedunia di Kinabatangan hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau itu berkata perjalanan ke arah mendapatkan pengiktirafan berkenaan dijangka mengambil masa dua tahun menerusi pelaksanaan proses konsultasi oleh Pusat Biodiversiti Sabah dengan pihak pemegang taruh termasuk masyarakat setempat bermula Julai ini.

Katanya, dapatan daripada konsultasi itu adalah sebahagian keperluan bagi dokumen pencalonan yang akan dihantar ke UNESCO melalui kerajaan Persekutuan.

"Melalui program MAB ini, satu pelan pengurusan bersepadu berdasarkan perundangan Sabah yang sedia ada akan dibangunkan dengan penglibatan semua pemegang taruh di Kinabatangan.

"Zon pengurusan yang mempunyai objektif tersendiri seperti Zon Teras, Zon Penampan dan Zon Transisi akan dikenal pasti agar semua pemegang taruh mempunyai peranan harus dimainkan dan seterusnya mendapat manfaat sewajarnya daripada sektor ekonomi terhasil daripada pengiktirafan antarabangsa ke atas tapak ini," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan