web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Indonesia Tangguh Naikkan Bayaran Masuk Ke Kuil Borobudur

Pihak berkaitan akan membincangkan secara menyeluruh beberapa langkah dalam menguruskan pelancong yang ingin mendaki ke kuil, termasuk menaikkan harga tiket, dan mengehadkan kuota pelancong.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2022 12:58PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kerajaan Indonesia menangguhkan rancangan untuk menaikkan bayaran masuk ke Kuil Borobudur yang diumumkan sebelum ini, kata Gabenor Jawa Tengah Ganjar Pranowo.

Beliau berkata pihak berkenaan akan membincangkan secara menyeluruh beberapa langkah dalam menguruskan pelancong yang ingin mendaki ke kuil, termasuk menaikkan harga tiket, dan mengehadkan kuota pelancong.

Ganjar berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Luhut Pandjaitan pada Selasa.

Gambar fail
Gambar fail

Pada Sabtu, Luhut berkata cadangan untuk menaikkan harga tiket adalah sebahagian usaha untuk memulihara kuil yang rosak akibat vandalisme serta memastikannya bersih dan bebas sampah.

Bayaran masuk akan dinaikkan kepada US$100 (US$1=RM4.39) untuk pelancong asing dan US$71  pelancong tempatan.

Pada masa ini, bayaran masuk ke kompleks Borobudur, Tapak Warisan Dunia UNESCO di Jawa Tengah ialah US$25 dan US$5 masing-masing untuk pelancong asing dan tempatan. 

Pelbagai reaksi diterima daripada orang ramai, sebilangan besar mengalu-alukan langkah berkenaan, memandangkan ia dapat menjana dana tambahan untuk kerja-kerja menyelenggara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

RON97 Turun 20 Sen, RON95 Tanpa Subsidi Turun 15 Sen

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

3

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN