web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Soqotra, Syurga Terlindung Yaman

Kepulauan Soqotra di Yaman cukup indah dan unik. Ia juga dilindungi daripada peperangan yang sudah lama menjarah negara ini.

Jelajah Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2021 8:45AM

Gambar: AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Landskapnya indah dihiasi pepohon istimewa, buminya ‘rumah’ mergastua-mergastua unik dan lautan firusnya kediaman ikan lumba-lumba. 

Selamat datang ke kepulauan Soqotra (Socotra), Yaman. Kepulauan istimewa ini menjadi destinasi percutian pilihan walaupun Yaman sedang dilanda konflik tanpa henti. 

Terletak di Lautan India, lebih kurang 200 kilometer (120 batu) dari pinggir pantai Yaman, Soqotra merangkumi empat pulau besar dan dua pulau kecil penuh batuan dan menjadi tempat tinggal 50,000 orang penduduk. 

Gambar: AFP
Gambar: AFP

Ia bernasib baik kerana tidak terkena tempias perang yang bermaharajalela di tanah besar. 

Sebahagian besar Yaman dirundung konflik yang tercetus pada tahun 2014 antara pemberontak Huthi dan kerajaan Yaman. 

Sejak tahun lalu, COVID-19 mula menjarah negara ini. Tetapi itu tidak menghalang para pengembara berani untuk menyatakan hasrat melawat Soqotra. 

Gambar: AFP
Gambar: AFP

Mereka berkunjung ke kepulauan itu dari Emiriah Arab Bersatu yang terletak tidak jauh dari Soqotra.

“Syukurlah Soqotra tidak menerima kesan perang dari tanah besar Yaman,” kata agensi pelancongan tempatan, Welcome to Socotra kepada AFP. 

“Tidak ada pergaduhan atau ketegangan dilaporkan di sini, jadi para pelancong tidak perlu risau.”

Gambar: AFP
Gambar: AFP

Sejak penerbangan disambung semula, pesawat disewa Air Arabia terbang seminggu sekali dari Abu Dhabi ke kepulauan itu. Sejak itu permintaan pelancong pun berduyun-duyun masuk, tambah agensi itu. 

Yaman merupakan salah satu negara termiskin di Semenanjung Arab sebelum perang dan telah cuba memasarkan kepulauan Soqotra sebagai pusat ekopelancongan. 

Namun, bukan panggilan pasir putih pantai yang menjadikan Soqotra bahan bualan media  pada Jun 2020. Tetapi kepulauan ini telah dirampas oleh puak pemisah selatan Yaman yang dilatih Emiriah Arab Bersatu daripada kerajaan Yaman. 

Kedua-dua pihak kini telah mencapai perjanjian pentadbiran dan lantas mengurangkan pertempuran di bahagian selatan. 

Soqotra cuma terletak 250 kilometer (155 batu) dari Tanduk Afrika dan 1,000 kilometer dari Aden, bandar di bahagian selatan Yaman, yang menjadi pusat kerajaan Yaman. 

Gambar: AFP
Gambar: AFP

Kepulauan ini terkenal dengan biodiversiti uniknya. Hampir satu pertiga daripada 825 tumbuh-tumbuhan dan 90 peratus spesis reptilianya dikategorikan sebagai unik kepada kepulauan itu, menurut agensi kebudayaan PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu), UNESCO. 

Dragon’s Blood Tree yang unik dan gah tumbuh melata di kepulauan ini. Banyaknya pepohon dengan kanopi bak payung dan getah bewarna merah ini telah meraih Soqotra tempat dalam senarai World Heritage Site UNESCO yang tersohor. 

“Soqotra adalah titik utama biodiversiti Tanduk Afrika yang sangat penting,” tulis UNESCO dalam laman webnya. 

“Sebagai salah satu pulau yang unik dan sangat kaya dengan biodiversiti, kepulauan ini juga digelar ‘Galapagos Lautan India.” - AFP, 25 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 minggu yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

2

Jelajah 2 minggu yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

3

Jelajah 2 minggu yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

4

Jelajah 2 minggu yang lalu

Immersify KL Bawa Tarikan Berasaskan Pengalaman Ke Ibu Negara 

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi