Berita Terkini

10 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 5 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Blue Ring Hole Produk Pelancongan Baharu Negara - Nancy

Turut dikenali sebagai Takat Tenggiri dalam kalangan nelayan tempatan, ia terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Lahad Datu dan mengambil masa 30 minit untuk ke lokasi menggunakan bot laju.

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2022 6:56PM

Gambar: Facebook Jesselton Sabah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengenal pasti tapak selaman skuba yang ikonik dikenali sebagai Blue Ring Hole di Terumbu Tingkayu, Teluk Darvel di sini sebagai produk pelancongan baharu negara.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata difahamkan hanya terdapat 10 tapak Blue Hole di seluruh dunia dengan masing-masing mempunyai satu struktur lubang biru, tetapi di Lahad Datu ia lebih menarik kerana Blue Ring Hole ditemukan dengan dua struktur lubang biru.

"Lawatan saya ke Blue Ring Hole hari ini, dari MOTAC kami membantu untuk mempromosikan produk pelancongan baharu, selepas kita beransur pulih dari COVID-19 kita mencari produk baharu untuk negara kita," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Blue Ring Hole yang dikenali sebagai Takat Tenggiri dalam kalangan nelayan tempatan itu, terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Lahad Datu dan mengambil masa 30 minit untuk ke lokasi menggunakan bot laju.

Dalam pada itu Nancy berkata banyak aktiviti pelancongan yang boleh dilakukan di tempat berkenaan termasuk aktiviti selaman skuba dan selam snorkel.

"Pelancong domestik atau antarabangsa yang mahu menikmati percutian berbeza yang jauh dari bandar, boleh ke sini," katanya.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya melihat banyak produk pelancongan di Sabah yang boleh dipromosikan termasuk aspek seni dan kebudayaan. 

"Masih belum banyak diketengahkan dan saya percaya seni, budaya dan warisan penduduk Sabah ini mampu menjadi produk pelancongan yang akan mengiringi produk pelancongan fizikal yang ada, misalnya produk makanan," katanya. 

Menurutnya penduduk tempatan perlu mengambil peluang untuk bersama kerajaan bagi mengetengahkan produk yang boleh menjana pendapatan komuniti serta negara.

Nancy berkata MOTAC komited memastikan usaha membangunkan semula industri pelancongan agar berada di landasan betul dan dapat dicapai dalam jangka waktu ditetapkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Syarikat Swasta, NGO Dipelawa Jalin Kerjasama Dengan YKN Anjur Program Kebajikan - Nancy

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Warga Israel Menceroboh: Polis Akan Ambil Tindakan Ke Atas Beberapa Individu - Saifuddin

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Hilang Wang Punca Kes Pelajar Dipukul Hingga Maut

Sorotan

1

Aktiviti Gunung Berapi Cetus Pemindahan Ratusan Orang Di Sulawesi Utara Indonesia

2

Pinjaman RM1.8 Bilion Dipindahkan Ke Luar Negara Tanpa Usaha Wajar – Saksi

3

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

4

Rayuan Pendakwaan Terhadap Keputusan Kes Kematian Zulfarhan Didengar 14 Mei

5

Rasionalisasi Subsidi Mampu Tangani Isu Ketirisan, Seludup Diesel - Pakar Ekonomi

6

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Gaya 11 jam yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY

Jelajah 1 hari yang lalu

5 Tempat Untuk Hilangkan Tekanan Bersama Keluarga, Rakan

Pelbagai destinasi menarik, berlatarkan keindahan alam semulajadi hinggalah pengembaraan taman tema yang mendebarkan boleh dijadikan pilihan

oleh Rahayu MN

Jelajah 23 jam yang lalu

Pelan Insurans Perjalanan Serendah RM3.00 Untuk Percutian Bebas Kebimbangan

Pelan daripada SeaMoney dan Allianz memberi jaminan keselamatan sedunia

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Adidas Originals Raikan 3 Kasut Klasik Dalam Kempen, '1000 Back' 

oleh Rahayu MN