web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Masjid Tertua Sarawak Dijangka Buka Semula 10 Hari Terakhir Ramadan

Masjid yang baru sahaja dibaik pulih itu, telah dibina oleh seorang ulama Indonesia yang datang berdakwah ke Sibu dengan kerjasama masyarakat Islam di Kampung Nyabor pada tahun 1861.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2022 11:29AM

Gambar: Facebook Borneo Oracle

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masjid tertua di Sarawak berusia 161 tahun iaitu Masjid Al-Qadim di sini, dijangka akan mula dibuka semula bagi membolehkan umat Islam menunaikan solat Terawih berjemaah, pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Innovasi dan Pembangunan Bakat Dr Annuar Rapaee berkata masjid yang baru sahaja dibaik pulih itu, telah dibina oleh seorang ulama Indonesia yang datang berdakwah ke Sibu dengan kerjasama masyarakat Islam di Kampung Nyabor pada tahun 1861, dan mampu menampung 500 jemaah pada satu-satu masa.

Menurutnya, kali terakhir masyarakat Islam menunaikan solat Terawih berjemaah dan solat wajib lima waktu di masjid bersejarah itu adalah pada lima tahun lalu, iaitu sebelum masjid itu ditutup sementara untuk memberi laluan kepada kerja-kerja baik pulih.

“Sudah semestinya masyarakat Islam di bandar ini, termasuk anak-anak Sibu yang sudah lama berada di perantauan amat teruja menunaikan solat Terawih di masjid bersejarah ini. Kos keseluruhan kerja baik pulih dan mengembalikan reka bentuk asal Masjid Al-Qadim ini, ialah kira-kira RM2.2 juta.

“Saya pelawa masyarakat Islam dan anak-anak Sibu yang sudah lama di perantauan, untuk balik kampung dan menunaikan solat Terawih di Masjid Al-Qadim pada bulan Ramadan tahun ini,” katanya kepada pemberita semasa meninjau kerja-kerja baik pulih masjid tersebut.

Dr Annuar juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata umat Islam juga boleh menunaikan solat sunat Terawih berjemaah dengan selesa, kerana masjid itu dilengkapi dengan penghawa dingin sepenuhnya.

Katanya beliau akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkenaan, untuk menentukan tarikh sebenar masjid itu boleh dibuka sepenuhnya.

Sementara itu, beliau berkata masjid itu juga akan dijadikan sebagai tarikan pelancong di bandar Sibu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik