web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Sebab Malaysia Menjadi Tempat Pilihan Persaraan

Malaysia merupakan antara negara paling digemari oleh warga asing dan tempatan untuk dijadikan destinasi persaraan. Kami kongsikan mengapa.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2022 3:48PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persaraan adalah saat yang dinanti-nantikan oleh seseorang yang sudah menghabiskan tempoh perkhidmatan dalam dunia pekerjaan. 

Di Malaysia had umur persaraan maksimum telah ditetapkan sehingga 60 tahun, namun ada juga individu yang menamatkan perkhidmatan lebih awal apabila usia mencecah 55 tahun.

Ini bergantung pada kerjaya dan pilihan masing-masing. 

Malaysia merupakan antara negara yang paling digemwaari oleh warga asing dan tempatan untuk bermastautin selepas bersara.  

Mari kita lihat lima sebab mengapa Malaysia menjadi lokasi pilihan untuk waktu persaraan masa kini. 

Cuaca Panas Dan Lembab

Malaysia merupakan negara yang mempunyai cuaca panas dan lembab sepanjang tahun. Kedudukannya yang berhampiran dengan garisan khatulistiwa menjadikan negara ini digemari pelancong luar.  

Cuaca panas dan lembab sepanjang tahun Malaysia adalah sesuatu yang berbeza dengan cuaca empat musim di kebanyakan benua lain seperti Eropah atau Amerika dan juga di kawasan Timur Tengah.

Iklim yang terlalu panas seperti di Timur Tengah atau yang terlalu sejuk di Eropah dan Amerika Utara tidak sesuai untuk mereka yang suka melakukan aktiviti di luar kediaman.

Malah, cuaca panas atau sejuk ekstrem bukan sahaja menyukarkan pelbagai aktiviti harian lain tetapi juga boleh membahayakan kesihatan.

Selain itu tempoh cuaca ekstrem yang lama juga menyulitkan perancangan kegiatan umum.

Di  Malaysia, fenomena cuaca ekstrem tidak berlaku. Tempoh waktu siang dan malam juga hampir sama setiap hari. Ini jelas memudahkan untuk melaksanakan aktiviti luar, selain menyenangkan aktiviti kehidupan harian. 

Sumber Tanah

Bagi individu yang suka bercucuk tanam pula, Malaysia menawarkan kawasan tanah yang subur dan mempunyai pelbagai jenis sumber tanah yang sesuai buat aneka jenis tanaman. 

Sesetengah individu pasti sudah merancang lebih awal untuk berbakti pada tanah sejurus tamat perkhidmatan dan mungkin ingin menghabiskan masa tua mereka di dusun, kebun dan sebagainya. 

Antara sumber tanah yang terdapat di Malaysia ialah tanah gambut yang sesuai untuk tanaman buah nenas atau kelapa sawit. 

Selain itu, aktiviti bercucuk tanam juga menjadi satu bentuk senaman yang secara tak langsung membantu menyihatkan badan di samping mendapat hasil tanaman yang dituai. 

Tambahan lagi, terdapat pelbagai program, skim dan bantuan yang dianjurkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi membantu dan membimbing individu yang berminat untuk memulakan projek pertanian. 

Jadi anda boleh merujuk kepada laman sesawang rasmi mereka untuk mendapat maklumat lebih lanjut.

Landskap Hutan Hujan Tropika Dan Pantai Yang Cantik

Satu tarikan yang menjadikan Malaysia sebagai tempat pilihan untuk hari persaraan adalah kerana bentuk muka bumi negara ini yang penuh dengan hutan hujan tropika dan pantai yang indah. 

Anda boleh mengisi masa lapang dengan aktiviti hutan seperti mendaki gunung dan menikmati keindahan alam semula jadi. 

Pantai pula adalah tempat yang indah dan tenang untuk menikmati hari persaraan dengan melakukan aktiviti renang, berjemur atau menikmati matahari terbenam setiap petang bersama keluarga tersayang. 

Tambahan pula, jika anda kaki pancing, anda boleh ke laut bagi mengisi masa lapang. 

Kemudahan Makanan

Malaysia adalah syurga makanan. Tidak kira makanan luar negara atau masakan tempatan tradisional, semuanya pasti boleh didapati di sini. 

Kemudahan memperoleh makanan menjadikan Malaysia destinasi yang digemari warga asing.

Malah, berkat rakyat Malaysia yang berbilang kaum, variasi makanan yang ada di negara kita menjadi lebih menarik dengan pilihan yang banyak.

Apatah lagi kemudahan tempat makanan seperti restoran dan gerai yang membuka perkhidmatan sehingga lewat malam, sesuatu yang biasa di negara kita. 

Jadi, wajarlah jika ini antara sebab Malaysia menjadi destinasi persaraan ramai.

Gambar: @railtravelstation.com
Gambar: @railtravelstation.com

Pengakutan

Terdapat sesetengah individu yang tidak mahu lagi mengharungi kesesakan jalan raya dengan memandu kenderaan mereka dan ingin menikmati pengangkutan awam semasa bersara. 

Malaysia adalah negara yang mempunyai pelbagai pengangkutan awam seperti kereta api, bas dan seumpamanya. Malah, semua ini mudah untuk didapati di mana-mana sahaja. 

Ini termasuklah perkhidmatan kenderaan laut seperti feri yang memudahkan untuk melancong menuju ke pulau-pulau di Malaysia. 

Selain itu, dengan kemajuan teknologi masa kini, perkhidmatan E-Hailing juga boleh didapati di sekitar bandar-bandar besar dan pengguna boleh memesan melalui aplikasi ini pada bila-bila masa sahaja.

Jadi, inilah lima sebab mengapa Malaysia memang sesuai dijadikan lokasi untuk menikmati waktu persaraan. - Getaran, 10 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN