Berita Terkini

10 minit yang lalu: Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah JSJ yang baharu berkuat kuasa 16 April ini - Setiausaha PDRM 2 jam yang lalu: Proton umum X90 kenderaan tenaga baharu pertamanya 2 jam yang lalu: Wanita warga emas maut, suami dirawat di ICU selepas makan ikan buntal 2 jam yang lalu: Jumlah import Sarawak meningkat 45.5 peratus kepada RM34.29 bilion pada 2022 - MITI 2 jam yang lalu: Cadangan wajibkan tingkatan enam beri kesan kepada kemasukan ke matrikulasi, IPT

IKUTI KAMI


Rindu Dengan Suasana Kampung ? 5 'Resort' Ini Boleh Jadi Pengubat Rindu

Kami kongsikan lima buah resort pilihan di Malaysia bersuasana desa buat anda yang sukakan persekitaran seperti di kampung.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Feb 2021 8:45AM

Gambar: Malihom.com

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perintah Kawalan Pergerakan  kini membataskan pergerakan setiap individu. Demi memutuskan rantaian COVID-19, kita perlu berada di rumah masing-masing. Jika tidak, situasi pasti menjadi semakin parah.

Hati memang rindukan untuk pulang ke kampung halaman. Kaki-kaki travel pula tidak sabar untuk merancang percutian yang melibatkan aktiviti rentas daerah. Tetapi apakan daya, kita hanya mampu tunggu, lihat dan angan-angan dahulu. 

Mahukah anda cuba percutian dengan suasana kampung selepas semua ini berlalu? Ia menjanjikan satu pengalaman yang tenang, damai, unik serta mendekatkan diri dengan alam semula jadi.

Bagi warga kota yang sememangnya tidak pernah membesar di kampung, cubalah membawa diri ke resort-resort yang mewah dengan ciri-ciri tradisonal. Tak kenal, maka tak cinta bukan? Jika tidak tahu ke mana harus dituju, jom semak senarai berikut.

1) Kunang-Kunang Heritage Villas Langkawi

Gambar: Rahayu MN
Gambar: Rahayu MN

Resort yang dimiliki oleh pereka fesyen terkenal, Datuk Radzuan Radziwil ini terletak berhampiran dengan Pantai Cenang. Kunang-Kunang Heritage Villas mempunyai 20 buah vila yang terdiri daripada rumah-rumah Melayu lama yang usianya ada menjangkau ratusan tahun.

Melangkah masuk ke kawasan resort ini seolah-olah membawa anda terbang ke zaman dahulu kala.  Setiap vila dilengkapi dengan perabot-perabot antik bagi menyuntik pengalaman yang lain daripada lain. Lupakan tentang televisyen ketika bercuti di sini, sebaliknya dengarkan nyanyian alam yang mempesona. Inilah masanya anda boleh menghabiskan masa bersama yang tersayang dengan lebih berkualiti.

Memandangkan persekitaran resort ini bagaikan di sebuah lokasi penggambaran, ramai juga tetamu yang mengambil kesempatan mengadakan sesi fotografi di sini. Mereka bawa baju tradisional dan alatan lain agar mendapat foto-foto menawan. Satu lagi perkara yang anda harus tahu, Kunang-Kunang Heritage Villas menyediakan masakan Melayu yang cukup menyelerakan.

2) ALA Riverview Lodge, Kelantan

Gambar: Laman Facebook ALA Riverview Lodge
Gambar: Laman Facebook ALA Riverview Lodge

Kadar sewa ALA Riverview Lodge bermula pada harga RM290 semalam. Terletak di Kota Bharu, Kelantan, penginapan ini sesuai untuk percutian keluarga kecil atau rakan-rakan rapat yang mahu lari daripada rutin membosankan. Menjanjikan pemandangan Sungai Pengkalan Datu yang cukup indah serta mendamaikan, rumah percutian ini cukup ideal untuk anda yang mementingkan keselesaan.

Biarpun berkonsepkan percutian desa, namun penginapan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan demi keselesaan tetamu. Bahkan, ia turut mempunyai kolam renang dan stesen barbeku. Jadi boleh bersantai bersama keluarga tanpa perlu berkongsi dengan ramai orang.

Dari rumah ini , anda boleh melihat suasana kampung yang nyaman dan tenang. Jika ingin mengutip pengalaman lebih indah, boleh juga berbasikal keliling kampung, memancing ikan di pinggir sungai, atau memberi makan kepada haiwan-haiwan di ALA Agro Farm. Ada ayam, itik, arnab dan lembu.

3) Terrapuri Heritage Village, Terengganu

Gambar: Laman Web Terrapuri Heritage Village
Gambar: Laman Web Terrapuri Heritage Village

Terletak di Kampung Mangkuk, Penarik, Setiu,Terengganu, resort ini sudah cukup terkenal dengan keunikan dan keindahannya. Terdiri daripada rumah-rumah tradisional Melayu yang berusia ratusan tahun, Terrapuri Heritage Village pernah dijadikan lokasi filem Hikayat Merong Mahawangsa.

Mengetengahan konsep yang hampir sama dengan Kunang-Kunang Heritage Villa, percutian ke sini juga seolah-olah membawa anda terbang ke zaman silam. Deretan rumah-rumah tradisonal di resort ini menggamit suasana sebuah perkampungan Melayu yang sudah semakin pupus ditelan zaman.

Terdapat 15 buah rumah yang boleh dijadikan pilihan, dan setiap rumah ini punya karektor dan kisah tersendiri. Antaranya ialah Rumah Kedai Buluh, Rumah Paloh, Rumah Tasek, Rumah Belukar Titian, Rumah Seberang Takir, Rumah Jeram dan Rumah Gelugor Raja.

Setiap rumah masih menggunakan peralatan-peralatan lama bagi mengekalkan ciri-ciri tradisonal, namun ia turut diberi sentuhan moden. Paling menarik, setiap bilik dibekalkan dengan sepasang kain batik untuk kegunaan tetamu.

Pantai Penarik yang terkenal dengan keindahannya hanya terletak di hadapan resort. Resort eksklusif ini sesuai untuk pasangan yang ingin berbulan madu. Banyak sudut menarik untuk mengabadikan kenangan.

4) Malihom, Balik Pulau, Pulau Pinang

Gambar: Laman Web Malihom
Gambar: Laman Web Malihom

Tak dapat keluar negara, tiada masalah. Jom bercuti ke Malihom, Balik Pulau. Resort ini tampil unik kerana diinspirasikan daripada bangsal beras tradisional masyarakat Thai. Boleh bayangkan anda bercuti di kampung tradisional Thailand.

Malihom sendiri membawa maksud ‘kampung beras wangi’. Terdapat lapan buah vila yang boleh dijadikan pilihan iaitu Baanmai, Aloun, Khanun, Dhamma, Sankhara, Sripatum, Sanook dan Jhana. Kebanyakan vila di sini berusia ratusan tahun dan ia telah digazetkan sebagai Warisan Kebangsaan Thailand (Thailand’s National Heritage).

Setiap vila atau ‘bangsal’ mempunyai karektor tersendiri dan ia disuntik elemen untuk keselesaan tetamu. Jika tidak mahu terperuk di bilik, boleh luangkan masa berenang atau bermalas-malasan di kolam renang.

5) Keriang Hill Resort, Kedah

Gambar: Laman Web Keriang Hill Resort
Gambar: Laman Web Keriang Hill Resort

Terletak di negeri jelapang padi, Keriang Hill Resort dilatari hamparan sawah padi yang saujana mata memandang. Kedudukannya di kaki Gunung Keriang membolehkan tetamu menikmati pemandangan alam yang mempesona.

Dengan 14 buah chalet, suasana sebuah kampung tradisional di sini jelas terserlah. Bayangkan, tidur malam anda lena dibuai bunyian cengkerik dan pada sebelah paginya anda dikejutkan dengan kokokan ayam yang sayup-sayup kedengaran.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah mandi-manda bersama anak-anak di kolam renang, bermain layang-layang di kawasan sawah, dan mendaki Gunung Keriang jika anda sukakan aktiviti lasak. Bandar Alor Setar kurang dari 10 kilometer dari sini. Chalet-chalet di Keriang Hill Resort berharga dari RM120 semalam.

Selamat bercuti!  - Getaran, 11 Februari 2021  

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Bilangan Projek PPR Di Sabah Adalah Terbesar Di Malaysia

2

Semasa 2 bulan yang lalu

'Import' Pakar Perumahan Singapura Bukan Bermakna Malaysia Lemah - Nga Kor Ming

3

Budaya 2 bulan yang lalu

Pembuat Colok Tradisional Tidak Menang Tangan Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Pembangunan Infrastruktur Desa Di Sabah, Sarawak Perlu Sama Di Semenanjung

Sorotan

1

Kementerian, Jabatan Diminta Anjur Majlis Ilmu Untuk Hidupkan Bulan Ramadan - Anwar

2

SPRM Nafi 2 Pegawainya Dalang Isu Rasuah Libatkan Syarikat Korporat

3

Tempoh Reman Penyerang Kamal Adli Dilanjutkan Seminggu Lagi

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Acar Ikan Kering Laris, Pengusaha Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan