Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mirnaz Tawar Bilik Penginapan Di Tengah Bendang

Keunikan bilik penginapan Mirnaz adalah dari segi reka bentuk dan kawasan sekelilingnya yang menampilkan persekitaran sawah padi menghijau.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 7:53PM

Gambar: Facebook Mirnaz Roomstay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bilik Penginapan Mirnaz yang berkonsepkan moden, terletak di tengah sawah di Kampung Masjid, Kaki Bukit, membawakan suasana kampung yang unik, nyaman dan selesa buat pengunjungnya.

Pengusahanya Khairul Nazmi Khairuddin, 36, berkata keunikan bilik penginapan ini adalah dari segi reka bentuk dan kawasan sekelilingnya yang menampilkan persekitaran sawah padi menghijau.

“Pada awalnya saya hanya bina dua unit rumah berkonsepkan tradisional dan empat rumah kotej bentuk segi tiga, baharu sahaja ditambah dan siap dibina enam bulan lepas,” kata bapa kepada dua orang anak itu kepada Bernama.

Katanya beliau mendapat ilham untuk pembinaan rumah kotej baharu daripada rumah penginapan yang dilihatnya di Melaka dan kos binaannya dianggarkan RM300,000.

“Saya lihat di Perlis tiada lagi rumah atau bilik penginapan yang dibina seperti ini dan sama sekali tidak menyangka ia akan menerima sambutan yang baik daripada pengunjung luar Perlis,” katanya kepada Bernama di Kangar baru-baru ini.

Katanya bilik penginapan itu baru setahun lebih beroperasi dan masih ditambah baik dari segi landskapnya dari semasa ke semasa.

“Apabila malam, kawasan bilik penginapan ini akan kelihatan seperti di i-City Theme Park, Shah Alam… ada lampu yang dipasang di sekitar kawasan bilik penginapan ini.

“Perlis memang mempunyai banyak rumah dan bilik penginapan berdekatan sawah, tetapi bilik penginapan saya berada di tengah sawah… itulah kelainannya,” katanya dan menambah kebanyakkan pengunjung yang menginap di sini adalah orang luar daripada Perlis.

“Mereka suka suasana kampung ada juga yang tak pernah tengok sawah padi dan mesin rumput, jadi mereka gembira menginap di sini, ada suasana yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini.

Beliau berkata satu kawasan boleh memuatkan 25 orang sahaja mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan setiap kotej hanya boleh memuatkan daripada dua sehingga tiga orang sahaja termasuk kanak kanak.

“Alhamdulillah boleh dikatakan setiap hari ada pengunjung di sini,” katanya. - Bernama

Gambar: Facebook Mirnaz Roomstay

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Perlis Akan Cadang Pintu Sempadan Padang Besar Dibuka Hingga 12 Tengah Malam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Kastam Perlis Rampas Ketum, Kanabis Bernilai Lebih RM64,000

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Rampas 528kg Dadah Bernilai RM19 Juta Di Padang Besar

4

Teknovasi 3 bulan yang lalu

SK Rapat Setia Sekolah Pertama Dalam Bandar Tanam Padi

Sorotan

1

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

2

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara