Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Segalanya Ada, Ini 5 Aktiviti Menarik di 1 Utama Shopping Centre

Selain pengalaman beli-belah, 1 Utama Shopping Centre juga menawarkan pelbagai aktiviti sukan yang menarik untuk dinikmati seisi keluarga.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2022 2:22PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

1 Utama Shopping Centre merupakan pusat beli-belah terbesar di Malaysia. Menggunakan slogan ‘It’s All in One’, pusat beli-belah ini mempromosikan idea membeli-belah dan hiburan kepada setiap pengunjung di bawah satu bumbung.

Selain pengalaman beli-belah, 1 Utama Shopping Centre juga menawarkan pelbagai aktiviti sukan yang menarik untuk dinikmati seisi keluarga. Tidak perlu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, kerana anda boleh lakukan semuanya di sini! Teruskan membaca untuk ketahui aktiviti yang boleh dicuba bagi memenuhi debaran adrenalin anda!

FlowRider

Meluncur riang bukan hanya terhad di tepian pantai. FlowRider adalah tempat yang sesuai untuk asah kemahiran anda dalam sukan papan luncur air. Bagi sesiapa yang tiada kemahiran meluncur, usah risau kerana tenaga pengajar di FlowRider akan memberi tunjuk ajar yang diperlukan. Jangan gopoh, beri perhatian, pasti anda boleh lakukannya!

WINDLAB Indoor Skydiving

Bagi yang ingin rasai aktiviti ekstrem terjun udara atau skydiving,  bolehlah ke WINDLAB yang terletak di dalam 1 Utama Shopping Centre. Dahulunya tempat ini dikenali sebagai  AirRider Indoor Skydiving, ia menawarkan pengalaman terjun udara pada ketinggian 14,000 kaki kepada para pengunjung. Mereka juga akan dibekalkan dengan peralatan yang lengkap untuk keselamatan seperti sut, topi keledar dan cermin mata.

ROLLERWA

Pada yang tidak tahu, Rollerwa adalah sebuah gelanggang aktiviti berkasut roda yang berasal dari Korea. Rollerwa telah dibuka baru-baru ini pada 23 Disember 2021, menawarkan pengalaman yang menyeronokkan!

Di gelanggang ini juga dilengkapi dengan muzik dan lampu yang berwarna-warni untuk memberi keceriaan semasa bermain kasut roda. Para pengunjung boleh membawa kasut roda mereka sendiri atau boleh menyewa kasut roda di sini. Jika anda minat akan aktiviti berkasut roda dan budaya K-Pop, pastikan anda tidak lepaskan peluang untuk ke Rollerwa!

Morac Go Kart

Morac Go Kart juga baru dibuka pada Disember lalu. Rasai debaran adrenalin dengan melakukan aktiviti go kart di sini. Morac Go Kart menawarkan litar yang luas dan suasana yang seronok  untuk penonton dan pelumba. Trek sepanjang 420 meter ini akan memberi kepuasan kepada pelumba untuk berlumba dengan penuh kelajuan! 

Saranghae Bridge

1 Utama Shopping Centre terletak di Petaling Jaya, hanya 20 minit perjalanan dari Kuala Lumpur. Banyak lagi aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini selain yang disenaraikan di atas. Anda pasti tidak sabar untuk mencuba semuanya, bukan? Jadi jangan tunggu lagi, ajaklah kawan-kawan dan keluarga anda #PusingSelangorDulu pada hujung minggu ini!

Walaubagaimanapun, para pengunjung diingatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa di tempat awam dan sesak, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap.

Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Selangor atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas kini. #PusingSelangorDulu. - Getaran, 22 Mac 2022

Gambar: Tourism Selangor

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Keluarga Tidur Dalam Kereta Sudah Dibantu, Urusan Lain Akan Diselesaikan - Dr Taufiq

3

Luar Negara 5 bulan yang lalu

Wartawan Palestin, Keluarga Terbunuh Dalam Serangan Udara Israel

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Keluarga Kakitangan Kedutaan Malaysia Di Lubnan Diarah Pulang Ke Tanah Air

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki