Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Australia Buka Pintu Sempadan, Jom Rancang Perjalanan

Bermula 21 Februari lalu, Australia membuka semula sempadannya untuk pemegang visa yang divaksin sepenuhnya, pelancong, pengembara perniagaan dan pelawat lain di seluruh dunia.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2022 12:26PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Khabar gembira dari bumi Australia. Negara kanggaru yang terkenal dengan Blue Boat House, Sydney Opera House, Pantai Bondi dan Fremantle itu kini sudah bersedia untuk merancakkan sektor pelancongan mereka. 

Bermula 21 Februari 2022, Australia membuka semula sempadannya untuk pemegang visa yang divaksin sepenuhnya, pelancong, pengembara perniagaan dan pelawat lain di seluruh dunia. Dengan itu, Tourism Australia teruja mengalu-alukan kembali pelancong dari Malaysia ke Australia

Pengumuman itu adalah sebahagian daripada rancangan pembukaan semula perjalanan antarabangsa Australia tanpa kuarantin dengan Singapura yang berkuat kuasa pada 21 November lalu dan untuk pelawat dari Jepun dan Korea Selatan mulai 15 Disember 2021.

Pemegang visa yang tidak divaksin sepenuhnya masih memerlukan dokumen pengecualian perjalanan yang sah untuk memasuki Australia dan akan tertakluk kepada keperluan kuarantin negeri dan wilayah.

Pengurus Besar Wilayah Pelancongan Australia Asia Selatan dan Tenggara, Brent Anderson, berharap rakyat Malaysia akan mengambil peluang untuk jatuh cinta dengan Australia sekali lagi.

“Australia telah lama menjadi destinasi popular dalam kalangan pengembara Malaysia, dengan 72% kunjungan berulang. Dalam era baharu pengembaraan global ini, Australia sentiasa membuka peluang untuk anda menerokai alam semula jadi sambil menikmati landskap kosmopolitan dan pelbagai budaya yang tidak ternilai harganya.”

"Australia sentiasa menjanjikan pengalaman baharu yang pelbagai, kreatif dan mampan untuk menarik pelancong Malaysia. Pengendali pelancongan kami terus berinovasi dan berkembang, begitu juga dengan dunia kulinari kami.

"Bagi semua orang yang merindui Australia, inilah masanya untuk anda merealisasikan imaginasi anda di Australia,” ujar Anderson.

Bagi mengalu-alukan kehadiran pelancong Malaysia ke Australia, Tourism Australia akan memulakan kempen pelancongan baharu mereka beberapa minggu akan datang.

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Tourism Australia akan bekerjasama dengan pelbagai pemain industri dan rakan kongsi syarikat penerbangan untuk memaksimumkan peluang bagi memacu tempahan dan pemulihan ekonomi pelancongan Australia yang terjejas teruk. 

Rakan kongsi termasuk Apple Vacations, Corporate Information Travel, Forever Travel, Holiday Tours & Travel dan Sedunia Travel yang akan menyediakan tawaran menarik bertujuan untuk merangsang perjalanan ke Australia dari Malaysia.

Tourism Australia juga bekerjasama dengan Malaysia Airlines untuk menyokong pemulihan industri penerbangan dan memulakan semula perkhidmatan ke Australia dalam beberapa bulan akan datang.

“Kami sangat teruja kerana rakyat Malaysia sekali lagi dapat menimati pengalaman pelancongan luar biasa di Australia,” tambah Pengurus Pembangunan Perniagaan Tourism Australia di Malaysia, Karen Saw.

 “Kami tahu bahawa rakyat Malaysia sentiasa mengimpikan untuk melawat Australia sekali lagi, dan kami tidak sabar untuk merealisasikan impian itu dengan menawarkan pelbagai pakej menarik dengan kerjasama erat daripada rakan kongsi perdagangan dan pengedaran kami.

"Australia kini sedia untuk diterokai! Datanglah dan nikmati pengalaman luar biasa yang menampilkan keindahan semula jadi dan hidupan liar bertaraf dunia,” ujar Karen.

Untuk maklumat lanjut termasuk mendapatkan tip perjalanan ke Australia, anda boleh ke Visit Australia - Travel & Tour Information - Tourism Australia.

Apa yang anda perlu tahu untuk melancong ke Australia?

1. Mulai 21 Februari 2022, pemegang visa yang telah lengkap divaksin dengan dua dos vaksin COVID-19 yang diluluskan Australia’s Therapeutic Goods Administration (TGA) boleh memasuki Australia tanpa kuarantin dan tanpa perlu memohon pengecualian perjalanan.

2. Pelawat antarabangsa yang layak memasuki Australia adalah:

* Pemegang visa Australia yang sah.

* Lengkap dua dos vaksin COVID-19 yang diluluskan oleh Australia’s Therapeutic Goods Administration (TGA) dan memiliki dokumen pengesahannya.

* Kemukakan ujian antigen pantas (RAT) negatif yang diambil dalam masa 24 jam, atau ujian COVID-19 tindak balas rantai polimerase (PCR) yang diambil dalam masa 72 jam, selepas berlepas (melainkan ada pengecualian perubatan).

3. Setakat 7 Februari 2022, pemegang visa yang telah lengkap divaksin boleh memasuki semua negeri dan wilayah tanpa kuarantin, kecuali Australia Barat mulai 21 Februari 2022. 

4. Pelawat perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan di setiap negeri atau wilayah ketibaan mereka dan mana-mana negeri atau wilayah lain yang mereka akan lawati. Maklumat mengenai keperluan kemasukan dikemas kini secara berkala, jadi pelawat dinasihatkan supaya membuat semakan dari semasa ke semasa.

5. Untuk keperluan perjalanan ke negeri dan wilayah tertentu di Australia, lawati laman sesawang State and Territory Information. - Getaran, 24 Februari 2022

Gambar: Unplash

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

2

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Anwar Tarik Pelabur Australia Dan ASEAN, Kongsi Persekitaran Kondusif Malaysia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Ada Potensi Luas Untuk Kukuhkan Perkongsian ASEAN - Australia - Anwar

4

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Kalau Macam Ni, Kereta Pun Boleh Terbang!

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi