web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Thailand Tempat 'Terbaik Untuk Bersara' Di Asia

Thailand menduduki tempat ke-11 dalam laporan itu dengan skor purata 72.9, meletakkannya di kedudukan teratas di Asia. Malaysia menduduki tempat ke-15 dengan purata markah 72.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Jan 2022 11:32AM

Gambar Hiasan, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Thailand dinamakan sebagai antara "25 Tempat Terbaik untuk Bersara" oleh penerbit International Living dalam Indeks Persaraan Global Tahunan untuk 2022. 

‘The Land of Smiles’ menduduki tempat ke-11 dalam laporan itu dengan skor purata 72.9, meletakkannya di kedudukan teratas di Asia. Malaysia menduduki tempat ke-15 dengan purata markah 72.

Bangkok, Chiang Mai, dan Hua Hin antara bandar pilihan popular dalam kalangan pesara.

Laporan itu berkata individu bujang boleh menetap di Thailand dengan perbelanjaan sekitar US$1,000 sebulan, dan sewa pangsapuri serendah US$400 hingga US$500 sebulan.

Panama berada paling atas dalam Indeks Persaraan Global Tahunan untuk 2022 sebagai negara paling selamat, mampu dan paling mesra di dunia – dengan purata skor 86.1.

Pulau San Blas, Panama. Gambar: Angel Silva, Unsplash
Pulau San Blas, Panama. Gambar: Angel Silva, Unsplash

Costa Rica di tempat kedua, manakala Mexico ketiga – diikuti Portugal, Ecuador, Colombia, Perancis, Malta, Sepanyol dan Uruguay.

International Living berkata negara itu disenaraikan berdasarkan skor yang diberi merangkumi 10 kategori termasuk kos sara hidup, perumahan, visa dan kediaman, pembangunan, penjagaan kesihatan, iklim, faedah istimewa dan tadbir urus.

“Editor International Living menyusun, menyenarai dan menilai beberapa siri kriteria termasuk kos sara hidup, pembelian dan pelaburan, penjagaan kesihatan, kesesuaian, faedah istimewa dan iklim. Ini ialah penilaian kualitatif berdasarkan data dunia sebenar yang dikumpulkan di lapangan,” kata kenyataan itu.

International Living adalah penerbitan media cetak dan dalam talian yang menyediakan skop dan maklumat mendalam mengenai tempat terbaik di dunia untuk tinggal, bersara, mengembara dan melabur. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN