web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saksikan Malam Tahun Baharu Dubai Yang Menakjubkan!

Emaar menjemput dunia untuk menyaksikan ‘Malam Keajaiban’ di Burj Khalifa.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2021 8:58AM

Gambar: Unsplash

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bertemakan ‘Malam Keajaiban’, sambutan malam tahun baharu Emiriah Arab Bersatu (UAE) bakal membuat satu kejutan yang mempesonakan di tengah-tengah pusat bandar Dubai, anjuran syarikat hartanah terkemuka UAE, Emmar.

Tentunya bintang utama malam ini adalah bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa yang bakal dilatari persembahan bunga api terhebat, cahaya-cahaya laser, lampu-lampu bergemerlapan dan muzik yang mengangkat semangat tahun baharu 2022!

Emmar dan kerajaan UAE teruja menjemput penonton dari seluruh pelosok dunia untuk menyaksikan pemandangan menakjubkan yang bakal menghiasi langit Dubai setahun sekali ini.

Apabila jarum jam tepat pada pukul 12 malam pada 31 Disember nanti, persembahan lampu dan laser ekstravaganza akan menerangi langit malam Dubai, menyambut 1 Januari 2022. 

Menariknya, selain bunga api mega, teknologi laser versi baharu ini akan membuat kemunculan serentak dengan persembahan air pancut yang menakjubkan. 

Sama ada anda berada di Dubai, mahupun menonton secara dalam talian, penonton dijamin bakal disajikan dengan sebuah acara gala yang hebat untuk menyambut kedatangan tahun baharu ini. 

Mengulas tentang sambutan ini, pengasas Emaar, Mohamed Alabbar berkata, “UAE dan Dubai memberi inspirasi dan harapan untuk menyatukan komuniti global.

“Bagi membentuk masa hadapan yang gemilang, sambutan tahun baharu ini merupakan penghormatan kepada pencapaian UAE sejak 50 tahun lalu. 

“Ia bakal menyerlahkan visi kepimpinan kami dalam mencipta sebuah era baharu melalui sifat keterbukaan dan kerjasama. Emaar berbangga menjadi sebahagian daripadanya,” ucap Alabbar.

Inilah gaya Dubai, bersedia untuk melihat sendiri persembahan menakjubkan yang tidak akan dapat dilupakan ini di kaca televisyen atau layar komputer riba anda! 

Emmar NYE 2022 akan disiarkan secara langsung di seluruh dunia. Layari mydubainewyear.com untuk penstriman langsung dari jam 8:30 malam (waktu Dubai). - Getaran, 30 Disember 2021

Gambar: Emaar

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 tahun yang lalu

Dubai Buat Si Pertama Kali, Tarikan Anda Patut Pergi

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Muhammad Faiz Haizat Raih Emas Di Dubai

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

 Banjir Landa Dubai

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN