Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Sebab Anda Harus Kunjungi Pusat Beli-Belah Ini

Biarpun terdapat banyak tarikan lain, kami kongsikan lima sebab mengapa anda harus kunjungi pusat beli-belah gaya hidup, Pavilion Bukit Jalil.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu Ā· Diterbitkan pada 23 Dec 2021 3:26PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terletak di Bukit Jalil, tersergam sebuah lagi pusat beli-belah yang baru dibuka untuk dikunjungi orang awam iaitu Pavilion Bukit Jalil. 

Dilancarkan secara rasmi pada 3 Disember 2021, pusat beli-belah ini mempunyai 47,000 kaki persegi ruang pameran dan 1.5 hektar kawasan hijau.  Ini menjadikannya pusat beli-belah terbesar di Lembah Klang. 

Dari segi reka bentuk dalaman, bangunan lima tingkat ini mempunyai 1.8 juta kaki persegi untuk bahagian peruncitan. Kawasan laluan buat pengunjungnya luas namun lebih fleksibel kerana terdapat ruang untuk melintas dari satu sudut bangunan ke sudut yang lain. 

Malah ia bersaiz sekitar 30 hingga 35% lebih besar berbanding Pavilion Kuala Lumpur.

Biarpun terdapat banyak tarikan, kami kongsikan lima sebab mengapa anda harus kunjungi pusat membeli-belah gaya hidup ini.

Dulu Kini


Dulu Kini adalah kedai yang menampilkan barangan klasik, barangan warisan Melayu seperti kain batik, permainan batu seremban dan banyak lagi. 

Malah terdapat juga makanan ringan era 80 dan 90-an dijual di kedai tersebut seperti biskut gula aising dan ‘candy rabbit’. Terletak di tingkat bawah, penggemar barangan klasik pasti tertarik dengan produk yang ada dalam premis ini.

HOHM dan Parkson 

Teras utama bagi Pavilion Bukit Jalil ini adalah kedai utama Parkson yang menawarkan pelbagai barangan dan menjadi rangkaian peruncitan Parkson paling besar di Lembah Klang. 

Selain itu terdapat juga HOHM, kedai yang menawarkan pelbagai barangan rumah dan perhiasan yang cantik. Menariknya, reka bentuk premis ini menampilkan ruang yang luas dan laluannya berukuran lengkungan 270 darjah menjadikan ia premis barangan perumahan terbesar di Malaysia.

The Food Merchant 

Ini pula salah satu kawasan unik yang disarankan kepada pengunjung untuk singgah menikmati aneka juadah lazat. Menariknya, pengunjung yang hadir bukan sahaja boleh menikmati makanan yang ada, malah The Food Merchant adalah kawasan yang menggabungkan restoran dan juga pasar raya.

Ia sesuai untuk seisi keluarga menikmati makanan sambil membeli barang basah dan kering untuk keperluan harian.

Ruang Acara Luar Berbumbung

Pavilion Bukit Jalil telah mencatat rekod sebagai pusat beli-belah yang mempunya ruang acara luar berbumbung paling besar di Malaysia. Ruangan berkeluasan 28,000 kaki persegi ini sangat sesuai dijadikan lokasi pertunjukan seperti konsert dan pameran automatif.  

Pelbagai acara menarik diadakan antaranya pertunjukan kereta anjuran Kelab Mustang Malaysia yang baru sahaja berlangsung di tapak tersebut. Pengunjung juga boleh bersantai dan bergambar di ruangan tersebut bersama keluarga dan rakan-rakan.

Pemetaan Unjuran Kubah 3D

Satu lagi daya tarikan adalah persembahan pemetaan unjuran kubah dalam bentuk 3D yang boleh ditonton di bahagian tengah pusat beli-belah ini. Ia dipersembahkan di atas siling dalam bangunan tersebut dan pengunjung pasti terpesona saat menyaksikannya.

Tambahan pula, ia teknologi pertama yang ada pada pusat beli-belah di Malaysia. Dijadualkan pada jam 8 dan 9 malam setiap hari, lampu di sekelilingnya akan di suramkan sebelum persembahan bermula. 

Biarpun kami kongsikan lima sebab, hakikatnya ada banyak lagi kedai dan tarikan di pusat beli-belah ini. Jadi, kunjungilah Pavilion Bukit Jalil untuk menyaksikannya. - Getaran, 23 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Terperangkap Ketika Nak Keluar Pusat Beli-Belah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI: Kaunter Diskaun Saman Trafik Dapat Sambutan

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Jom Ke Program Setahun Bersama Kerajaan Madani Di Bukit Jalil

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI Di Bukit Jalil Pada 8-10 Disember

Sorotan

1

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

2

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

3

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

4

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

5

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

6

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran