web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kedamaian Rimba Buat Warga Kota

Suasana hening dengan kicauan burung dalam kehijauan rimba ini tentunya berupaya menghilangkan kekusutan dan membawa pengunjung melupakan seketika tekanan dan hiruk-pikuk di kota tanpa perlu memandu jauh.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 12:32PM

Gambar: Shazreen Zamzuri, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ibarat berada di pelosok hutan belantara, begitulah perasaan yang boleh digambarkan sebaik sahaja melangkah masuk ke Taman Eko Rimba Komanwel.  

Hakikatnya, lokasi pelancongan di Rawang yang jaraknya hanya kira-kira 30 kilometer dari ibu negara itu hanya mengambil masa kurang sejam untuk sampai melalui akses mudah antaranya, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR).

Suasana hening dengan kicauan burung dalam kehijauan rimba di kawasan yang merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Kanching itu, tentunya berupaya menghilangkan kekusutan dan membawa pengunjung melupakan seketika tekanan dan hiruk-pikuk di kota tanpa perlu memandu jauh.

Bercerita lanjut, Pegawai Hutan Daerah Hulu Selangor, Zulkurnain Zakaria berkata kawasan rekreasi yang mampu menampung sehingga 400 individu pada satu-satu masa dan dilancarkan pada 1993 itu sering menjadi tumpuan dan pilihan keluarga untuk beriadah serta menjalani aktiviti seperti berkhemah dan berkelah.

"Kawasan ini bersifat mesra keluarga kerana air terjun dan sungai yang cetek (separas lutut dan buku lali) dan tidak berarus deras, jadi ibu bapa kita tidak terlalu khuatir dengan aspek keselamatan anak-anak untuk aktiviti mandi-manda," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pengunjung juga akan diberi pendedahan mengenai lebih 10 spesies tumbuhan yang terdapat di taman berkeluasan lebih 300 hektar itu dalam usaha menyemai perasaan mencintai alam semulajadi terutama kepada generasi muda.

Gambar: Facebook Taman Eko Rimba Komanwel
Gambar: Facebook Taman Eko Rimba Komanwel

Zulkurnain berkata antara spesies yang istimewa adalah Merawan Kanching atau nama saintifiknya Hopea subalata Symington, tumbuhan yang dikategorikan sebagai sangat terancam dan habitatnya hanya pernah ditemui di Hutan Simpan Kanching.

"Kami juga merancang untuk menambah tanaman buah-buahan nadir yang semakin jarang ditanam seperti tampoi, macang, keladan dan bangkong bagi memulihara dan memastikan spesies ini tidak pupus dan masih boleh dinikmati generasi akan datang," jelasnya.

Kawasan itu turut dilengkapi kemudahan seperti surau, tandas, dewan dan pondok rehat selain menawarkan penginapan seperti chalet serendah RM50 sehari serta sewaan tapak khemah sebanyak RM10.

Zulkurnain turut mengingatkan orang ramai agar bertanggungjawab menjaga kebersihan khazanah alam itu dengan tidak meninggalkan sampah atau merosakkan tumbuhan selain menjaga keselamatan diri ketika beriadah.

Katanya, bagaimanapun kawasan tersebut yang ditutup sementara kepada umum sejak Mei lepas susulan Perintah Kawalan Pergerakan dan larangan bagi aktiviti rekreasi di kemudahan awam serta kawasan terbuka, kini sedang dalam proses penyelenggaraan dan pemangkasan pohon bagi menjamin aspek keselamatan pengunjung.

Ia dijangka dibuka semula kepada umum pada pertengahan bulan depan khusus buat individu yang lengkap vaksinasi dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

2

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN