web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


9 Lokasi Menarik Di Klang Boleh Anda Lawati Selepas PKP

Siapa sangka Klang mempunyai permata-permata tersembunyi ini? Ayuh, jelajahi Bandar Klang setelah PKP tamat nanti!

Jelajah Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2021 3:50PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bandar DiRaja Klang memang terkenal dengan sejarah yang kaya dan aneka budaya. Dari keindahan alam semula jadi, hinggalah lokasi peninggalan bersejarah, setiap tarikan pelancongan di bandar ini harus anda kunjungi. 

Kami percaya ia bakal menjadi sebuah pengalaman yang tidak dapat anda lupakan. Jika selepas ini ada yang masih bertanya, apa yang ada di Klang selain Pelabuhan Klang? Bolehlah anda menjawab dengan senyuman, bukan?

Justeru, rancang terlebih dahulu dan melanconglah kemudian ke sembilan lokasi menarik di Klang yang boleh anda lawati selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berakhir nanti:

Sarapan di Chong Kok Kopitiam

Mulakan hari anda dengan secangkir kopi di Chong Kok Kopitiam. Sering menjadi tumpuan penduduk tempatan berbilang bangsa, kedai kopi yang terkenal ini wajib ada di itinerari anda. Anda pasti tidak mahu ketinggalan merasa kopi, roti kukus atau roti bakar panas yang disaluti kaya dan mentega. Oh, jangan lupa telur separuh masak!

Program Jejak Warisan DiRaja Klang 

Kami sarankan anda mengambil pakej Royal Klang Town Heritage Walk Tour untuk jelajahi Klang dengan lebih mudah. Anda juga boleh sertai lawatan berpandu yang dikelola oleh Tourism Selangor secara percuma. Anda akan dibawa bersiar-siar ke pelbagai lokasi menarik (yang mungkin tak ramai yang tahu) dan bersejarah di sekitar Bandar Klang. 

Makan Tengah Hari di Archana Curry House

Sangat disarankan! Pastikan anda singgah ke Archana Curry House untuk sesi makan tengah hari. Merupakan salah satu restoran makanan India terkenal di Klang, Archana Curry House sudah beroperasi selama lebih 15 tahun dan sangat terkenal dengan hidangan khasnya, nasi daun pisang yang disajikan bersama Ayam Peratai. 

Terpersona di Little India, Jalan Tengku Kelana

Bersiar-siarlah di sekitar Little India, Jalan Tengku Kelana. Lokasi tarikan ini sangat terkenal dengan deretan kedai tekstil, pakaian tradisional dan barangan budaya kaum India. Sedia terpersona dengan variasi sari menawan dan lampu-lampu bergemerlapan. Rasai makanan ringan tradisional India di bahu jalan. Ia lokasi wajib anda kunjungi jika berada di Klang.

Membeli-belah di GM Klang

Lokasi terbaik untuk berbelanja bajet, GM Klang pilihan tepat. Pasar raya borong terbesar di Klang ini menawarkan aneka jenis barangan harian seperti pakaian, makanan, hiasan rumah, barangan elektronik, barangan persediaan perkahwinan dan banyak lagi. GM Klang menyediakan produk-produk berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan. 

Minum Petang di Café 1986, Botanic

Bagi yang mengatakan Klang kurang memiliki kafe hipster, inilah masa sesuai untuk anda membuktikan kepada mereka. Bersantailah di Café 1986 yang menyajikan pelbagai jenis makanan barat serta pencuci mulut yang lazat. Nescaya, minum petang anda lebih bergaya. Cadangan ini khas buat pembaca bukan Islam kami ya.

Nikmati Pemandangan Matahari Terbenam di Tanjung Harapan

Terletak berhampiran dengan Medan Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan kini terkenal sebagai salah satu tempat istirahat pilihan ramai pada waktu petang. Ramai yang sanggup memandu jauh semata-mata untuk melihat pemandangan matahari terbenam yang indah di Tanjung Harapan ini. Pemandangan laut dengan langit jingga, angin sepoi-sepoi bahasa, tentu sahaja membuatkan fikiran bertambah tenang. 

Makan Malam di Restoran Faridah Nasi Ayam & Kambing Bakar

Sedang mencari juadah enak di Klang? Restoran Faridah adalah tempatnya. Nikmati makan malam yang menyelerakan. Cuba menu utama seperti Nasi Ayam dan Kambing Bakar yang istimewa. Pasar Raya Matahari juga terletak berdekatan dengan lokasi ini. 

Bersiar-siar di Sekitar Pasar Malam Teluk Pulai 

Berjalan-jalan di sepanjang pasar malam yang menawarkan makanan-makanan Melayu, Cina dan India. Pasar Malam Teluk Pulai menjadi tumpuan kerana terdapat banyak pilihan makanan tempatan yang menarik daripada tiga kaum ini. Lokasinya berada di tengah-tengah Bandar Klang, pasar malam ini turut menjual pakaian dan barangan keperluan harian. 

Layari Tourism Selangor untuk maklumat lanjut. – Getaran, 25 Februari 2021

Semua gambar: TOURISM SELANGOR

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Lagi Kes Tikam Pelajar: ‘Anak Saya Ditikam 14 Hingga 16 Kali’ - Bapa Mangsa

2

3 minggu yang lalu

Tekap Bantal Ke Muka Teman Wanita Hingga Mati, Mekanik Dipenjara 32 Tahun, 12 Sebatan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Gaya 5 jam yang lalu

Daripada Kek Ke ‘Acne Patch’, Kolaborasi Pelik Kini Jadi Strategi Jenama

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Cuti Sekolah Ogos Ini, Jomlah Bawa Anak Menginap Bersama Hello Kitty, Kuromi & Cinnamoroll

Pengalaman istimewa ini dibawakan oleh Iconic Marjorie Penang menerusi kolaborasi rasmi bersama Sanrio Southeast Asia.

oleh Rahayu MN