web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hilang Menyepi, Adakah Ini Selamat Tinggal Buat Pastel Lite?

Baru-baru ini kami menghidu khabar bahawa duo indie kegemaran ramai, Pastel Lite, mengambil keputusan untuk mengakhiri kerjaya muzik mereka.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2021 3:28PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Terima kasih Pastel Lite kerana pernah hadir dalam hidupku, menghiasi sedikit ruang-ruang kesunyian dalam hari gelapku.”

Itu antara komen yang dikongsikan oleh warga Twitterjaya susulan hantaran Instagram Story yang menjadi tular dalam kalangan warganet beberapa hari ini.

Menerusi perkongsian itu, ramai peminat dikejutkan dengan satu perkhabaran bahawa kugiran Pastel Lite kini telah mengundurkan diri daripada scene muzik indie tempatan.

Tindakan mereka telah menimbulkan kekeliruan orang ramai malah membuatkan ramai pihak tertanya-tanya mengenai sebab di sebalik pembubaran itu. 

Tambahan pula apabila semua sosial media rasmi mereka turut hilang dari carian dan kebanyakan video di YouTube juga telah dipadam. 

Kenyataan pahit ini sukar ditelan para peminat setia Pastel Lite yang telah mengikuti muzik mereka, dalam setiap rilisan dan persembahan selama ini.

Sedih dengan berita tersebut, Twitter dibanjiri dengan perkongsian oleh para peminat Pastel Lite yang membuat hantaran mengenai kenangan manis mereka bersama kugiran itu. 

Ada yang mengucapkan terima kasih dan ada juga yang mengatakan pengumuman tersebut hanya sekadar gimik pemasaran.

Bagi yang tidak mengenali kumpulan ini, Pastel Lite adalah duo indie yang telah melakar nama dalam scene muzik indie tempatan. Dianggotai oleh Eff Hakim dan Faliq, mereka mempertaruhkan karya-karya yang mempunyai elemen elektronik, synthpop dan muzik yang diilhamkan oleh muzik tahun 80-an.

Karya-karya mereka sangat mudah didengari dan sering menjadi siulan anak muda kerana rentak bunyinya yang mampu membuat anda menari tanpa sedar.

Sejak kehadiran duo ini dalam industri muzik pada tahun 2012, mereka pernah membuat persembahan pembukaan buat nama-nama besar antarabangsa seperti Tame Impala dan The XX.

Sebelum ini, mereka telah melancarkan album kedua berjudul Pop Bilik Tidur dua tahun lepas. Jika didengarkan sekali ia seperti lagu-lagu bertaraf antarabangsa dan mengingatkan kita kepada karya keluaran kumpulan Banks, Borns serta Lana Del Rey. 

Sudah tentu keunikan karya Pastel Lite menjadi peneman buat ramai peminat pada hari hujan mahupun saat-saat gembira. Jadi, adakah berita ini betul atau khabar angin semata-mata?- Getaran, 20 Ogos 2021

Semua gambar: Tangkapan layar Twitter dan Instagram

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 9 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN