web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dari Puisi Ke Pentas Nyanyian, Arlo Parks Pertaruhkan Video Muzik, ‘Too Good’

Kehebatan Arlo untuk bercerita melalui muzik diperakui banyak pihak. 

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2021 5:13PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penulis lagu dan penyanyi Britain, Arlo Parks terkenal dengan karya yang menyingkap tragedi dihadapi masyarakat moden dengan cara yang menyayat hati. 

Walaupun baru sahaja bertapak di arus perdana, karya alunan Arlo berjaya mencuri perhatian ramai sehingga melayakkan dirinya membawa pulang trofi anugerah artis terbaik di BRIT Awards 2021, mei lalu.

Album terbaharu figura berbakat besar ini, ‘Collapsed in Sunbeams’ yang dilancarkan awal tahun ini juga telah mencatat kejayaan membanggakan apabila menduduki tangga ketiga carta Album United Kingdom. 

Malahan, bingkisan istimewa ini menjadi perbualan hangat pencinta muzik sehingga menarik perhatian ramai rakan artis termasuklah Billie Eilish, Florence Welch, Michelle Obama, Angel Olsen, Phoebe Bridgers dan Zadie Smith.

Rentetan kejayaan yang diraih, Arlo kini tampil dengan video rasmi single 'Too Good'. Arlo barkata single ini melalui proses pembikinan yang cukup menarik dan bermakna buat dirinya.

"Belum pun sempat siri jelajah pertama saya bermula, dunia digemparkan dengan kehadiran wabak COVID-19. Sudahnya saya terperangkap di rumah dan menunggu semua mimpi buruk ini berakhir. 

“Masa yang ada ini saya gunakan untuk muhasabah diri dan menyiapkan album sulung. Bila dapat tahu Unknown Mortal Orchestra telah melakukan remix lagu ini ('Too Good') saya berasa sangat terharu. Ia satu penghormatan buat saya. Apatah lagi saya sangat menyanjung tinggi karya mereka. 

"Ketika menghasilkan lagu ini, saya perdengarkan ia kepada Paul Epworth dan menunjukkan muzik kegemaran saya sebagai rujukan. Antaranya, rock psychedelic Zambia tahun 70-an hingga MF DOOM dan kemunculan hip-hop oleh TLC.

"Paul kemudian memainkan melodinya dengan menggunakan dram dan saya menyanyi di mikrofon kemudian memetik gitar. Saat ini sangat mengujakan,” kata Arlo yang turut mendedahkan nama pentasnya diinspirasikan daripada dua bintang kesayangannya iaitu Raja Krule dan Frank Ocean.

Menurut Arlo lagi, sepanjang sesi penulisan, dia mendapat ilham dengan mencantumkan apa yang ada dalam fikirannya secara puitis.

“Ketika mula-mula menulis lagu, saya terjemahkan apa sahaja yang ada dalam fikiran dan ada suntikan elemen fantasi. Namun, seiring peningkatan usia, saya banyak tulis apa yang saya rasa. 

“Sebagai kanak-kanak yang sensitif, saya banyak menghabiskan masa lapang dengan meneroka cara-cara kreatif untuk mengekspresikan emosi.

"Saya banyak merujuk karya puisi tulisan Gary Snyder, Mary Oliver dan Pat Parker yang banyak memberi inspirasi,” jelasnya.

Seperti kebanyakan rakan sebaya, Arlo membesar dengan pengaruh YouTube. Seawal usia 14 tahun, dia memuat turun aplikasi Garageband dan mula mencipta rentak bunyi sendiri untuk dimainkan bersama puisinya. Kemudian, secara semulajadi ia berubah menjadi nyanyian. 

Pada 2017, dia menyerahkan material rakamannya ke BBC Introducing dan bermulalah perubahan besar dalam hidupnya apabila dipanggil untuk sesi wawancara, dilamar syarikat pengurusan dan menandatangani kontrak rakaman pertamanya.

Walaupun masih ‘hijau’, kemampuan Arlo untuk bercerita melalui muzik diperakui ramai. 

"Bagi saya, mereka yang lebih tua hidup lebih lama dan bukan mudah untuk buat mereka tersentuh hati. Disebabkan itu, saya selalu berasa gembira jika nampak pasangan yang lebih tua menyaksikan persembahan saya. Saya selalu ingatkan diri supaya lakukuan sesuatu yang istimewa," katanya. 

‘Too Good’ boleh didengar di laman penstriman Spotify dan AppleMusic. - Getaran, 6 Julai 2021

Semua gambar: Love Da Records

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 8 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN