web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hubungan Penuh Toksik Karya Baharu An Honest Mistake 

Selain memperkatakan tentang hubungan yang tidak sihat, An Honest Mistake juga cuba membawa pembaharuan dalam muzik mereka menerusi lagu 'Never Feel The Same'. 

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2021 5:23PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai terperangkap dalam hubungan cinta atau rumah tangga yang penuh dengan toksik tetapi tidak mampu mencari solusi atau jalan keluar untuk menyelesaikan segala permasalahan yang wujud. 

Ia rumit, lebih-lebih lagi apabila seseorang itu melalui hubungan yang cukup lama dan itulah yang mencetuskan inspirasi buat band muzik An Honest Mistake untuk muncul dengan karya terbaharu mereka berjudul 'Never Feel The Same' yang bakal dilancarkan 26 November ini beserta dengan video muzik. 

Dianggotai Darren Teh selaku vokalis dan pemain gitar rhythm, Tomas Tam (gitar utama), Sonny Wan (bass) dan Ian Ng (dram), band muzik pop punk ini cuba membawa pembaharuan dalam muzik mereka menerusi lagu ini.  

Darren yang juga seorang pengurus acara dan pensyarah berkata, transisi era baharu muzik mereka berlaku sejak beberapa bulan lalu yang mana bunyinya lebih berat dan makin gelap. 

“Kami cuba lari daripada menghasilkan bunyian muzik pop punk yang tipikal bahkan pendekatan baharu ini membuktikan kematangan kami dalam kerjaya muzik. 

“Pendekatan ini kami teruskan saat menghasilkan 'Never Feel The Same'. Namun, ia lebih edgy, tulen, jujur dan disampaikan secara lepas.

“Lagu ini dimulakan dengan petikan gitar Tomas disusuli paduan dram Ng serta bunyian intrumen lain. Ia ada groove yang mampu menarik sesiapa sahaja untuk layan lagu ini," katanya.  

Darren yang juga penulis lagu ini memberitahu, dia mendapat inspirasi untuk menghasilkan karya ini daripada orang sekeliling dengan menganalisis hubungan mereka. 

“Saya tidak menjatuhkan hukum tetapi sekadar meletakkan diri saya dalam keadaan mereka. 

“Kebelakangan ini, ramai kawan saya berdepan dengan perpisah dan perceraian. Menerusi lagu ini, saya cuba bayangkan diri berada dalam hubungan yang penuh toksik dan kita sedia maklum sukar untuk keluar dari keadaan ini  

“Disebabkan itulah saya cuba jadikan 'Never Feel The Same' sebagai lagu keluar (exit song) apabila ada verse yang berbunyi: “‘I’m done with this. I’m out. Bye’. Sometimes, we go around in circles and we can never find the door out.”

“Mengapa lagu ini diberikan tajuk 'Never Feel The Same'? Jawapannya terletak pada bridge lagu ini: ‘There’s no way out of this. We’re not alright. We’re not ok’,’ katanya lagi. 

Video muzik 'Never Feel The Same' cuba menggambarkan hubungan penuh toksik menerusi pergaduhan, perselisihan faham, rasa benci dan cinta yang lama memerangkap serta melingkari pasangan.  

Dengan bantuan dana Independent Music Funding Program daripada CENDANA, band muzik ini dapat menghasilkan karya lagu dan kandungan muzik mereka. Malah, mereka bercadang untuk muncul dengan album penuh tahun hadapan. - Getaran, 19 November 2021.

Gambar: An Honest Mistake

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 tahun yang lalu

8 Cara Semarakkan Cinta 

2

Refleksi 2 tahun yang lalu

Melayari Perkahwinan: Cukupkah Hanya Berbekal Cinta?  

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Cinta Tidak Berbalas, Seorang Lelaki Disyaki Bunuh Wanita Warga Emas

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aidilfitri Pertama Bergelar Suami Isteri - Tom Teruja Beraya di Singapura, Kembali Bersatu Dengan Anak Semula 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 18 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN