web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Masih Belum Hilang Taring, Saksikan Konsert Hujan Secara Maya

Konsert Hujan 16 Tahun yang berlangsung pada penghujung Oktober lalu membuktikan Hujan masih belum hilang taring mereka lagi apabila tampil dengan konsert empat malam berturut-turut.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2021 2:39PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penuh attitude, dinamik dan energetik! Ternyata dua tahun berhibernasi di dalam industri muzik langsung tidak melenyapkan ‘taring’ Hujan tatkala beraksi selama empat malam berturut-turut dalam konsert Hujan 16 Tahun yang pun berlangsung di teater baru PJPAC di 1 Utama pada penghujung Oktober lalu. 

Dalam konsert Hujan 16 Tahun anjuran LOL Asia ini juga, Hujan telah mencetuskan kelainan dalam persembahan mereka apabila tampil dengan empat tema konsert yang berbeza untuk setiap malam iaitu ‘1, 2, 3 Go!!’, ‘Semangat Enemy’, ‘Kotak Hati’ dan ‘Riot’. 

Memang mereka sentiasa tampil berbeza dan inilah antara elemen yang menyebabkan Hujan berlainan dengan kugiran-kugiran muzik lain dan akan terus kekal menjadi antara kumpulan paling berpengaruh dalam arena muzik tempatan.

Malam pertama, bertemakan ‘1,2,3... Go!’, Hujan memainkan lagu-lagu hits mereka pada era mereka mula bertapak. 

Pada malam kedua yang bertemakan ‘Semangat Enemy’ iaitu malam metal, persembahan mereka dimeriahkan dengan kehadiran bintang artis jemputan seperti Hazama, Tuju, Loca B, Ijam Restraint dan Johan The Padangs. 

Bagi malam ketiga pula iaitu ‘Kotak Hati’, persembahan Hujan diiringi dengan string quintet menerusi lagu-lagu yang lebih mendayu dan syahdu. Pada malam terakhir iaitu ‘Riot’, Hujan membawakan lagu-lagu rock yang paling rancak. 

Repertoire yang dibawakan Hujan pada keempat-empat malam ini diibaratkan seperti antologi 16 tahun perjuangan serta jatuh bangun mereka dalam dunia seni dan sekali gus ia telah mengembalikan semula semangat dan nuansa muzik indie di kalangan peminat dan pengikut mereka, Raingers, yang selama ini merindui persembahan Hujan secara langsung. 

Atas permintaan ramai, pihak LOL Asia akan membawakan konsert Hujan 16 Tahun ini secara maya sepanjang November ini sebagai memenuhi permintaan para peminat yang tidak berpeluang menyaksikan konsert ini apabila tiket konsert secara langsung telah habis dijual. 

Pegawai Eksekutif LOL Asia, Rizal Kamal berkata, persembahan secara maya diterbitkan selepas konsert untuk membenarkan mereka mengemaskini audio dan visual, memberikan penonton pengalaman berkualiti tinggi.

Produksi konsert ini dijalankan dengan audio-visual yang bertaraf antarabangsa menggunakan tujuh kamera untuk merakam konsert ini dengan sepenuhnya bersama dua kamera di belakang pentas untuk merakam pengalaman di belakang tabir.

Tiket konsert secara maya boleh didapati di www.wearelive.asia dan akan ditayangkan secara terhad setiap hujung minggu pada bulan November di pelantar We Are Live. Setiap tayangan dalam talian had maksima, jadi pastikan anda membeli tiket awal. 

Untuk pertanyaan selanjutnya, sila e-mel [email protected]. - Getaran, 5 November 2021

 

Tarikh tayangan konsert Hujan 16 Tahun di We Are Live

1, 2, 3 Go!! (5 hingga 7 November 2021)

Semangat Enemy (12 hingga 14 November 2021) 

Kotak Hati (19 hingga 21 November 2021) 

Riot (26 hingga 28 November 2021) 


 

Gambar: LOL Asia

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 16 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN