web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Affirmation’ – Pendekatan Jazz Yang Menyegarkan Daripada Batavia Collective

Gabungan 'synth' yang merancu fikiran dan 'flow' yang bertenaga menjadikan muzik Batavia Collective seperti suatu pesta bunyian yang merangsang jiwa dan minda pendengar.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2021 9:14AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Trio yang berasal dari kota raya Jakarta, Indonesia, Batavia Collective tampil dengan single terbaharu berjudul ‘Affirmation’ – sebuah single yang berpotensi melonjakkan nama Batavia Collective di persada muzik antarabangsa.

Trio ini menyajikan rentasan genre gabungan jazz futuristik, liquid funk dan elektronik. 

Meneroka melalui jamming dan improvisasi secara spontan, pengaruh drum n bass UK juga meresap ke dalam karya-karya mereka.

Gabungan synth yang merancu fikiran, chord progression yang mempesona, sub-bass yang memikat, flow yang bertenaga dan tempo yang riang menghasilkan suatu pesta bunyian yang merangsang jiwa dan minda pendengar. 

Batavia Collective terdiri daripada tiga insan seni bernama Elza Zulham (dram), Doni Joesran (keyboard) serta Kenny Gabriel (bass synth).

Untuk single ‘Affirmation’, mereka telah mengundang Kamga, seorang lagi anak seni yang sedang meningkat naik di Indonesia untuk menyumbang vokal. 

Keluhuran vokal Kamga yang datang langsung dari jiwa, memberikan kedamaian dan keceriaan, menambah dimensi lagu lantas melengkapkan keamatan jazz kugiran ini.

Bisikan denyut nadi drum n bass pula membuat para pendengar teruja untuk terus mendengar dan mengenali Batavia Collective dengan lebih lanjut.

Single ‘Affirmation’ ini dirilis di bawah syarikat rakaman dari United Kingdom/Belgium, R&S Records. Antara artis-artis ternama yang dinaungi syarikat rakaman berprestij ini termasuklah Aphex Twin, DJ Krush, Juan Atkins, James Blake dan Nicolas Jaar. 

Sentuhan serta pengaruh Goldie dan Mehliana menyumbang kepada intisari suara seni Batavia Collective, yang pada hakikatnya merupakan satu tabik hormat kepada negara Indonesia, tanah air mereka. (Indonesia dahulunya dikenali sebagai Batavia ketika di bawah jajahan negara Belanda.)

Hiruk-pikuk bunyian jalanan kota Jakarta memberi kesan dan inspirasi kepada trio ini untuk menghasilkan corak irama tidak menentu dan mencerminkan kepelbagaian. 

Doni Joesran, Elfa Zulham dan Kenny Gabriel memang pemuzik jazz berpengalaman, pertama kali bertemu ketika mereka dihimpunkan untuk membuat persembahan saduran lagu-lagu hip hop dan soul yang popular.

Dari situ mereka mendapat idea untuk berkolaborasi menubuhkan sebuah kugiran. Secara langsung mereka berkarya menggabungkan gaya dan pengaruh muzik masing-masing.

"Kami menghasilkan karya muzik melalui jamming dan sesudah itu kami memilih komposisi tertentu bersama-sama," terang Batavia Collective.

Mereka mengamalkan cara terbuka untuk membentuk gaya muzik dan juga hala tuju kugiran mereka. 

Keriangan mengadun dan menyusun alunan irama serta bunyian, ditambah dengan keserasian bersama trio ini terserlah bahkan menjamin peningkatan reputasi mereka di Indonesia.

Kesenian berkonsep khas Batavia Collective telah dipamerkan dalam bentuk persembahan konsert secara langsung di GoetheHaus Jakarta pada 23 Jun 2021 yang lepas dan disiarkan di saluran YouTube Goethe-Institut Indonesien. 

Dengan pendekatan jazz yang segar ini, pastinya single ‘Affirmation’ memuaskan hati para peminat tegar Batavia Collective yang sedia ada. Malah, mampu memikat lebih ramai lagi pencinta muzik seantero dunia. - Getaran, 3 September 2021

Semua gambar: Ihsan Batavia Collective

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 10 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN