Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Tampil Mulus Bersama Rangkaian Wardah Colorfit Sepanjang Hari

Rangkaian produk baharu Wardah Beauty menyediakan alat solekan yang sesuai dengan perubahan masa khusus buat pencinta solekan. 

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2021 5:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak penularan COVID-19, ramai mula malas bersolek kerana merasakan ia seperti sia-sia. Tambahan pula apabila kita diwajibkan memakai pelitup muka di luar rumah. Sebelum ini setiap kali kita keluar rumah mesti akan berdandan dan mengenakan solekan pada wajah. Kini, tidak lagi.

Dengan kehidupan norma baharu ini, hasil solekan yang tahan lama tanpa harus re-touch adalah sangat penting ketika memilih alat solek agar tidak mudah tanggal atau melekat di pelitup muka.

Rangkaian baharu Wardah Beauty, ‘Colorfit’ kini tampil dengan produk yang sesuai dengan perubahan masa khusus buat pencinta solekan. Jadi, siapa kata wanita yang pakai pelitup wajah tidak boleh mengoles solekan? 

Meskipun masih lagi bekerja dari rumah, tidak bermakna kita harus menghiraukan penampilan dan penjaagaan diri di rumah. Untuk pengetahuan semua, alat solek dapat membantu meningkatkan keyakinan diri dan mood malah dengan sedikit calitan gincu ia pasti menjadi penyeri tiap kali menghadiri mesyuarat secara virtual di depan komputer.

"Solekan selalu dilihat sebagai bentuk ekspresi diri, tetapi setelah lebih setahun memerangi wabak COVID-19, kami menyedari bahawa kriteria produk solekan telah berubah.

“Permintaan bukan sahaja terhadap produk solekan yang tahan lama tapi juga ‘transfer-proof’. Oleh demikian, kami mahu menghasilkan sesuatu yang dapat memberi kepuasan sepenuhnya kepada pengguna.

“Dengan pelancaran Wardah Colorfit ini, diharap ia dapat bawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia seterusnya buat mereka rasa lebih yakin dan bangga semasa menggunakan produk kami,” kata Ketua Pengurus Jenama Wardah, Sabrina Salsabila.

Rangkaian Colorfit ini menyediakan empat jenis produk iaitu bedak asas, bedak padat, bedak tabur dan lip matte yang bukan sahaja mask-friendly dan transferproof tapi juga diformulasikan untuk bertahan sehingga 12 jam pemakaian. 

Ia juga menjalani ujian dermatologi  dan menggunakan skin-match technology untuk menghasilkan produk yang padan bagi semua warna kulit.

Hadir dalam lapan pilihan warna, Wardah Colorfit Matte Foundation menawarkan litupan penuh untuk mereka yang mahu mencipta efek matte pada kulit. Walaupun ia mampu menyembunyikan ketidaksempurnaan kulit dan menyamarkan pori-pori besar, namun tidak bermakna teksturnya berat dan tebal. 

Dengan formula ‘buildable’ anda boleh memilih hasil yang anda mahukan, nipis atau tebal. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan SPF yang berkesan untuk memberikan perlindungan terhadap kulit wajah daripada kerosakan sinar matahari.

Bedak padat Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation mempunyai tekstur velvet yang sesuai bagi sesiapa yang kurang gemar menggunakan bedak asas tetapi mahukan hasil solekan yang  tidak terlalu suka untuk menggunakan bedak asas tetapi mahu hasil solekan yang sempurna, tampak mulus dan tahan lama. 

Di samping itu, bedak tabur Wardah Colorfit Mattifying Powder boleh digunakan di seluruh wajah atau di bahagian tertentu seperti bahagian T-zone yang mudah berminyak bagi mengurangi produksi minyak. 

Suka atau tidak, lipmatte adalah pilihan paling selamat pada saat pandemik ini kerana ia tidak akan comot apabila menggunakan pelitup muka. Wardah Colorfit Last All Day Lip Paint ini mampu bertahan sehingga 12 jam tanpa membuat bibir terasa kering dan mengelupas. Walaupun efeknya matte, ia selesa dicalit di bibir. Berus aplikasinya dan teksturnya juga meluncur laju pada bibir untuk pemakaian yang lebih senang.

Rangkaian Wardah Colorfit boleh dibeli dari laman web Watsons atau kedai rasmi mereka di Shopee dan Lazada. Anda juga boleh menjenguk laman sosial Wardah Beauty di Instagram untuk mendapat berita terkini mengenai rangkaian ini. 

Saksikan video di bawah untuk terokai lebih lanjut mengenai hasil solekan yang menggunakan produk-produk Wardah ‘Colorfit’. - Getaran, 17 Ogos 2021

Semua gambar: Wardah Beauty, Alif Omar Getaran


 

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 11 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran