web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kolaborasi Jotun, Christy Ng Kembali Dengan Beg Tote Edisi Terhad 

Beg yang bertemakan nostalgia raya dihiasi dengan corak berwarna-warni diinspirasikan oleh Koleksi Warna Global Jotun 2024 iaitu ‘Canvas’

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2024 8:19AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena meraikan bulan Ramadan dan kedatangan hari raya kali ini, jenama cat, Jotun kembali berkolaborasi dengan jenama fesyen popular, Christy Ng.

Kolaborasi unik ini adalah rentetan kejayaan kerjasama mereka untuk sambutan Tahun Baharu Cina lalu.

Kali ini peminat kedua-dua jenama itu boleh merebut beg tote edisi terhad yang menawan dengan menampilkan lukisan suasana desa yang permai.

Menggunakan warna-warna daripada palet Koleksi Warna Global 2024 Jotun, iaitu ‘Canvas’, beg yang dinamakan ‘Balik Kampung’ ini sesuai untuk digayakan sepanjang musim perayaan ini.

Selain boleh dibawa pulang ke kampung, ia juga boleh digayakan ketika mengunjungi sanak-saudara, malah menghadiri rumah terbuka. 

Pengurus Pemasaran Jotun Malaysia & Singapura, Yousra Lemaamer, memberitahu pihaknya sekali lagi berganding bahu dengan Christy Ng bagi meraikan keindahan warna yang bukan sahaja dapat dilihat pada dinding-dinding bangunan, malah ia juga diterokai melalui fesyen dan kecantikan. 

"Menyusuli kejayaan kolaborasi kami sempena Tahun Baharu Cina yang lalu, kami berbesar hati untuk sekali lagi berganding bahu dengan Christy Ng bagi meraikan kecantikan warna.

“Beg tote ‘Balik Kampung’ yang dizahirkan menerusi palet warna ‘Canvas’ ini adalah usaha untuk mentafsirkan budaya yang berakar umbi dalam tradisi Malaysia dari sudut yang moden.”

Ketika kami berhasrat untuk memberi ilham dan inspirasi kepada pemilik kediaman dengan warna-warna Jotun yang menawan, kami juga ingin memberikan sesuatu yang istimewa bagi meraikan semangat perayaan yang mulia ini,” ujar beliau. 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Christy Ng, Christina Ng pula berkata, pihaknya berharap kolaborasi ini boleh menjadikan sambutan raya kali ini lebih bergaya serta ceria. 

“Kami berbesar hati untuk meneruskan projek ini bersama Jotun dengan matlamat untuk menjadikan raya tahun ini lebih bergaya buat pelanggan kami.

“Beg tote ini bukan sahaja menjadi kenyataan fesyen, tapi juga sebuah kanvas yang memberi inspirasi untuk kita membina pertalian dengan warna,” ujar Christina Ng.

Warna dan gubahan teliti beg tote ini bukan sahaja mengimbau pengalaman balik ke pangkuan keluarga, tapi juga mencerminkan emosi yang lebih mendalam.

Menerusi palet warna ini, Jotun ingin menawarkan cat-cat berkualiti tinggi kepada pemilik kediaman bagi mencipta suasana dan persekitaran yang diberi nafas baharu.

Beg tote kanvas eksklusif ini boleh ditebus dalam talian di Christy Ng x Jotun Exclusive Raya Edition | Promotion | Jotun Malaysia atau di mana-mana cawangan Christy Ng, dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM500 ke atas untuk produk-produk cat premium seperti cat dalaman, Majestic Sense dan cat luaran, Jotashield Ultra Clean dari 15 Mac hingga 31 Mei 2024 ini, sementara stok masih ada. 

Majestic Sense dijuruterai dengan teknologi udara bersih yang inovatif untuk memulihkan udara dalam bangunan.

Koleksi Warna Global 2024 (GCC 2024) yang terbaharu, menampilkan 23 warna yang dirumus untuk mencungkil inspirasi pengguna yang ingin meneroka kreativiti dan jati diri mereka menerusi warna, sambil memastikan hasil yang tampak mewah. 

Jotashield Ultra Clean pula adalah sebuah produk khas yang membawakan ‘Teknologi Antikotoran’ serba inovatif, membolehkan dinding eksterior membersih bersama hujan.

Beg tote edisi terhad ini mendemonstrasikan keharmonian antara fesyen dengan seni keindahan rumah, memberi pengguna kuasa untuk mentransformasikan ruang peribadi dan gaya mereka dengan satu beg yang istimewa ini.

Pelanggan yang mengunjungi Jotun Flagship Store terpilih akan menerima khidmat konsultasi warna dan baucar cat secara percuma, termasuk peluang untuk menebus beg tersebut.

Untuk butiran dan jadual lengkap mengenai tawaran ini, sila layari https://deco.jotun.com/my-en/decorative/promotion/jotun-flagship-store-activation/. – Getaran, 25 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Kolum 4 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Menghitung Rahmat Dan Bahagia Di Aidilfitri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN