Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Untukmu Yang Luar Biasa’, Padanan Gaya Santai Dan Selesa Daripada Levi’s®

Levi’s® meraikan musim kebersamaan ini dengan menampilkan personaliti tempatan seperti Nadhir Nasar dan Shalma Ainaa.

Gaya Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2024 5:21PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Levi’s® sekali lagi meraikan musim perayaan kali ini dengan mempersembahkan kempen ‘Untukmu Yang Luar Biasa’.

Menampilkan personaliti tempatan seperti Nadhir Nasar dan Shalma Ainaa, di samping bakat-bakat serantau yang mengenakan gaya yang dipilih secara khusus, kempen ini mengutamakan perkongsian momen indah bersama yang tersayang, sambil mengangkat semangat inklusif saling hormat-menghormati, keaslian serta refleksi diri.

Levis - Nadhir Nasar dan Shalma Ainaa.
Levis - Nadhir Nasar dan Shalma Ainaa.

Tambah menarik, jurufoto yang dipertanggungjawabkan untuk memotretkan visual kempen ini berasal dari Malaysia, Amani Azlin. Jejaka ini bukan sahaja berkongsi hasil seni daripada lensa kreatifnya , malah dia juga turut diketengahkan sebagai salah seorang personaliti kempen ini.

Penjelmaan gaya fizikal yang santai, harmoni dan selesa pada koleksi ini menyerlahkan lagi kepelbagaian baju dan celana yang bertujuan untuk meraikan individualiti serta stail peribadi.

Fabrik ringan dengan palet warna pastel terang dipertontonkan bersama padanan cetakan serta potongan longgar yang sesuai untuk gandingan beberapa lapisan helaian meskipun di tengah-tengah panas tropika yang terik.

Untuk gaya estetik yang lebih lasak, lapiskan kemeja-T bersaiz besar pada helaian berlengan panjang.
Untuk gaya estetik yang lebih lasak, lapiskan kemeja-T bersaiz besar pada helaian berlengan panjang.

Pelbagai padanan baharu atas dan bawah yang tipis, turut hadir dalam koleksi kempen ini. Direka untuk keselesaan maksimum dan ketenangan minda, bagi memastikan anda tampil menarik pada musim panas ini hingga seterusnya!   

Potongan Longgar Dan Sopan Untuk Wanita

Tersedia dalam pelbagai siluet dan potongan, koleksi wanita baharu Levi’s® menjadi padanan terbaik dalam memastikan anda sentiasa segar bergaya sama ada dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, menyertai perjumpaan keluarga atau berkumpul dengan teman-teman!

Seluar berpotongan longgar seperti Baggy Dad Wide Leg, Ribcage Wide Leg dan Cargo Baggy disertakan pada musim ini untuk melengkapkan lagi padanan di bahagian atas yang selesa serta mudah dipakai.

Rekaannya yang longgar memastikan si pemakai kekal selesa.
Rekaannya yang longgar memastikan si pemakai kekal selesa.
Padanan selesa yang boleh digayakan pada bila-bila masa.
Padanan selesa yang boleh digayakan pada bila-bila masa.
Levis Baggy Dad Wide Leg.
Levis Baggy Dad Wide Leg.

Serlahkan juga penampilan harian anda dengan blaus dan gaun baharu, dalam corak bunga feminin dan fabrik beralun. Andai bergegas dalam perjalanan, pilihlah padanan versatil skirt Cargo Midi dan Tico Jumper, berikutan kedua-duanya mempunyai poket utiliti untuk penyimpanan barang keperluan harian.

Untuk gaya estetik yang lebih lasak, lapiskan kemeja-T bersaiz besar pada helaian berlengan panjang atau jaket Featherweight Trucker lalu disudahi dengan jean klasik Cropped 501®. 

Santai Bergaya Buat Si Jejaka

Terokai sisi baharu padanan segar bagi himpunan lelaki musim ini dalam gandingan denim dan bukan denim, bersama beberapa potongan longgar, fabrik lut udara dan perincian untuk semua acara.

Hayati kebebasan pergerakan dengan seleksi helaian selesa pada bahagian atas, daripada jalur klasik hinggalah corak berani dan rona terang. Selami juga nostalgia ’90-an dengan denim serta chinos longgar Levi’s®, yang pastinya menjadi must have item dalam almari pakaian anda.

jaket ikonik Type I Trucker untuk menonjolkan lagi lagak gaya ’90-an.
jaket ikonik Type I Trucker untuk menonjolkan lagi lagak gaya ’90-an.
Kemeja jalur klasik.
Kemeja jalur klasik.
Seluar kargo Stay Loose.
Seluar kargo Stay Loose.
Hayati kebebasan pergerakan dengan seleksi helaian selesa pada bahagian atas.
Hayati kebebasan pergerakan dengan seleksi helaian selesa pada bahagian atas.

Bagi penggayaan berinspirasikan retro, gandingkan jeans Stay Loose 568™ bersama jaket ikonik Type I Trucker untuk menonjolkan lagi lagak gaya ’90-an. Seluar kargo Stay Loose turut menampilkan poket utiliti berguna yang dikemas kini dengan potongan kaki tirus, lalu menjadikannya seluar kerja utama.

Kekal selesa sepanjang hari dengan kemeja Polo Performance yang dilengkapi teknologi CoolMax® untuk pengaliran udara terbaik dan menyerap lembapan.

Dengan harga antara RM79 ke RM409 dan koleksi terbaharu Levi’s® ini boleh didapati di Levi.com.my dan di butik-butik Levi’s® seluruh negara mulai Mac 2024. – Getaran, 24 Mac 2024

Foto : Levi’s®

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

3

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

4

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

5

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

6

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

Disyorkan untuk anda

Gaya 2 jam yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

oleh Rahayu MN

Jelajah 18 jam yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN