web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tampil Mulus Menawan Dengan Cara Mudah Ini

Kepada sesiapa yang mempunyai masalah lingkaran gelap bawah mata, ini buat anda!

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernahkah anda melihat gambar-gambar selebriti yang sentiasa kelihatan menawan dan cantik walaupun sudah berusia? Agaknya apakah tip dan rutin kecantikan harian mereka?

Rutin penjagaan kulit tidak sukar untuk dilakukan dan tidak sepatutnya melelahkan seseorang. Asas penjagaan kulit yang berkesan sebenarnya sangat mudah dan hanya perlu diamalkan dengan rajin setiap hari. 

Jika anda mulakan hari dengan rutin kecantikan, anda bukan sahaja kelihatan cantik tetapi dapat memberikan aura yang menyenangkan.  

Ramai yang selalu meninggalkan langkah memakai krim mata dalam rutin penjagaan kulit kerana mengatakan ia tidak penting. 

Lingkaran gelap bawah mata merupakan salah satu masalah yang dihadapi ramai individu, wanita mahupun lelaki. Lingkarannya boleh membuatkan seseorang kelihatan lebih berusia dari usia sebenar.

Mungkin ramai tidak tahu bahawa krim mata terbukti mengurangkan kedutan dan dapat mencerahkan lingkaran gelap bawah mata. 

Jadi, untuk mengatasi masalah tersebut, jenama penjagaan kulit No.1 di Korea Selatan, AHC kini membawa berita gembira dengan penghasilan produk terbaru mereka, Luminous Glow Eye Cream for Face.

Produk ini dihasilkan khusus buat semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif dan berfungsi untuk memberikan kesan rejuvenasi serta rawatan pencerahan kulit persis seperti kulit artis Korea dalam masa empat belas hari.

Walaupun pasaran kita dibanjiri pelbagai jenama kecantikan dari Korea, AHC menonjol sebagai satu-satunya jenama penjagaan kulit yang inovatif kerana sentiasa menghasilkan produk dengan menggunakan teknologi terkini. 

Luminous Glow Eye Cream for Face ini merupakan sejenis produk multidimensi yang mampu mengatasi lebih lapan masalah kulit dalam satu langkah bagi mencapai kulit yang lebih cerah dan berseri. 

Untuk pengetahuan semua, produk ini mengandungi sejenis bahan eksklusif, iaitu Gluta-I ™ Complex dan gabungan ramuan premium termasuklah glutathione yang kaya dengan antioksidan, alpha-bisabolol yang melegakan kulit, derivatif vitamin C, dan asid hialuronik.

Menurut Stephanie Ko, Pengurus Pemasaran AHC SEAA, “Produk ini mengandungi campuran bahan inovatif yang digunakan oleh pakar kecantikan. 

“Kita semua tahu betapa berkesannya rawatan daripada seorang pakar kecantikan. Jadi, bukan sahaja ia dapat memperbaiki keadaan kulit tetapi ia juga dapat meningkatkan keyakinan pengguna.

“Formula produk ini telah dipertingkatkan bagi meningkatkan kualiti dan keberkesanan malah dilengkapi dengan ciri pelembap untuk menyerikan kulit dari dalam agar ia dapat mencapai ketelusan kulit secara berterusan.”

Luminous Glow Eye Cream for Face ini boleh dibeli secara atas talian melalui kedai rasmi mereka di Watsons, Shopee, Zalora, Lazada, Hermo atau di kedai fizikal Watsons. 

Anda juga boleh melayari laman web rasmi AHC Beauty dan laman media sosial di Facebook atau Instagram

Nak tahu cara menggunakan krim mata ini dalam rutin kecantikan anda? Jom tengok video di bawah: - Getaran, 1 Jun 2021


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

2

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

3

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

4

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

5

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

6

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek