Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


A Paris Rendezvous Kempen Musim Luruh 2023 Michael Kors

Pereka dari New York ini berjaya menterjemah keindahan Kota Paris menerusi koleksi terbaharu yang nyata elegan, mempesona. 

Gaya Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2023 8:56AM

gambar Michael Kors

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada pertengahan September lalu, jenama fesyen terkemuka, Michael Kors melancarkan koleksi musim luruh 2023 bagi Michael Kors dan Michael Kors Mens. Ia mendapat sentuhan jurugambar, Lachlan Bailey dan ia dibarisi model ternama Felice Nova Noordhoff, He Cong, Blesnya Minher, Arnelle Slot, Baptiste Radufe dan Wang Xiangguo.

Menerusi kempen ini, peminat jenama Michael Kors dibawa mengikut pengembaraan ‘jet-setters’ iaitu sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di Paris bagi menghayati kemewahan kota romantik itu. Selain itu, penggambaran turut dirakam merentasi Pont Alexandre III dan belayar di Sungai Seine hingga Palais Royal dan Place Vendôme. 

Kota Paris menjadi lokasi penggambaran kempen Michael Kors.
Kota Paris menjadi lokasi penggambaran kempen Michael Kors.

Ketika meneroka bandar dengan kereta sport, helikopter peribadi dan bot persendirian, imej dirakam Bailey nyata cukup mempesonakan serta sukar dijelaskan dengan kata-kata. Ia membuktikan pesona kota Paris yang tidak mungkin ada di destinasi lain. 

Mengiringi kempen ini ialah siri lima filem pendek yang diilhamkan oleh tarikan dan pengalaman paling ikonik di Paris. Daripada Menara Eiffel, menyusuri Sungai Seine hinggalah melawat desa yang luar biasa, filem-filem ini dilihat berjaya membawa penonton untuk sama-sama mengembara. Paling tidak, penonton pasti berasa terpesona, dan terinspirasi dengan koleksi yang digayakan. 

Michael Kors mendapat inspirasi daripada pengembaraannya. Persinggahan di The Louvre sedikit masa dahulu mengilhamkan reka bentuk monogram kekisi berlian MK Empire Logo. Bersahaja namun gah, logo baharu itu memancarkan aura elegan yang tidak dapat disangkal, sama seperti pantulan Louvre yang diterangi di langit malam Paris. 

"Paris sentiasa menjadi sumber inspirasi yang tidak berkesudahan untuk saya. Ia adalah bandar yang membuatkan anda ingin menarik kerusi dan melihat orang ramai yang lalu-lalang, umpama sebuah filem fesyen terhebat sepanjang zaman. Inilah detik-detik yang saya dambakan untuk kempen terbaharu ini," ujar Michael Kors.

Koleksi Musim Luruh 2023 Michael Kors
Koleksi Musim Luruh 2023 Michael Kors

Kempen global ini bermula sejak Ogos lalu dengan iklannya terpampang di dalam isu musim luruh pelbagai media cetak di seluruh dunia. Imej-imej kempen terbaharu ini juga akan terus muncul di pelbagai platform digital,  termasuklah di medium pengiklanan tradisional seperti papan iklan.  

Untuk pakaian sedia dipakai, MICHAEL Michael Kors, koleksi kali ini menawarkan sentuhan glamor dengan cetakan harimau bintang yang sesuai digayakan pada siang membawa ke malam serta persalinan luar yang mewah dan mempesona.

Ciri-ciri glamour koleksi ini diteruskan pada logo terbaharunya yang tampil elegan dan mewah. Dipamerkan pada pakaian luar dan aksesori, cetakan MK Empire Logo menjadikan si pemakai tampil penuh bergaya dan memancarkan aura yang memikat setiap mata memandang. 

Koleksi Musim Luruh 2023 Michael Kors
Koleksi Musim Luruh 2023 Michael Kors

Logo ini juga menyerlahkan sisi glamor Kota New York, tempat asal pereka fesyen ini dan ia  diterjemahkan semula sebagai corak rantaian yang menarik, dicetak dan ditenun dalam jacquard mewah, pada helaian baju, bagasi sehinggalah ke beg tangan.

Fabrik Jacquard, yang terkenal dengan corak tenunannya yang indah, berdiri sebagai lambang sebenar kualiti hebat dalam bidang tekstil. Dicipta dengan teliti pada setiap butiran, setiap cetakan dihasilkan menggunakan alat tenun khas bagi menghasilkan motif rumit yang menjadikan setiap satunya adalah karya seni. - Getaran, 7 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kempen ‘MK My Way’ : Sentuhan Unik Michael Kors

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Gaya 6 jam yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

oleh Rahayu MN

Jelajah 21 jam yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN