web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Koleksi +Levi’s Cool Lebih Sejuk, Lebih Ringan

Levi’s baru-baru ini memperkenalkan koleksi terbaharu,  menampilkan pemakaian yang lebih selesa dan ringan serta tidak panas ketika dipakai 

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2023 7:53PM

gambar lofficielmalaysia.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebut sahaja Levi’s, pasti ia popular dengan pelbagai koleksi pakaian terutamanya jeans potongan denim yang diperagakan tidak kira golongan lelaki mahupun wanita. Jenama pakaian dari Amerika Syarikat yang diasaskan sejak 1853 ini bukan sekadar popular dengan seluar jeans berwarna biru dengan pelbagai potongan, malah turut tampil dengan lain-lain koleksi pakaian.


+Levi’s Cool bersifat ringan dan tidak panas apabila dipakai. gambar lofficielmalaysia.com
+Levi’s Cool bersifat ringan dan tidak panas apabila dipakai. gambar lofficielmalaysia.com

Sudah pastinya amat penting  untuk memperoleh keselesaan ketika memakai pakaian jenama terkenal luar negara di Malaysia, memandangkan negara ini beriklim panas dan lembab sepanjang tahun? Jadi Levi’s baru-baru ini memperkenalkan koleksi terbaharu yang dipanggil +Levi’s Cool. Ia menumpukan aspek pemakaian yang selesa, bersifat ringan dan tidak panas apabila digayakan.

Antara yang menjadi tumpuan koleksi ini semestinya jeans denim biru. Seluar ini dihasilkan menggunakan kejuruteraan berkualiti tinggi bagi mendapatkan padanan fabrik  sesuai untuk ia digunakan ketika pada musim panas. Bahkan +Levi’s Cool ini menggunakan fabrik lut udara (angin menembusi kain) yang lembut dan selesa.

Setiap potongan berbeza ini mampu menyerlahkan gaya santai anda yang direka dengan bahagian atas yang lebih longgar. gambar lofficielmalaysia.com
Setiap potongan berbeza ini mampu menyerlahkan gaya santai anda yang direka dengan bahagian atas yang lebih longgar. gambar lofficielmalaysia.com

Selain itu, Levi’s turut mengeluarkan koleksi ini dalam bentuk skirt denim, kemeja dan kemeja-T. Jadi anda bolehlah menggayakan set pakaian ini mengikut citarasa dan kesesuaian majlis yang dihadiri. Jelas anda akan nampak bergaya kerana koleksi ini  tidak panas dan sesuai dipakai di mana-mana sahaja.

Levi’s juga menampilkan himpunan set pemakaian khas untuk lelaki seperti koleksi 505 REGULAR, 510 SKINNY sehinggalah ke 512 SLIM TAPER serta 502 TAPER. Setiap potongan berbeza ini mampu menyerlahkan gaya santai anda yang direka dengan bahagian atas yang lebih longgar.

Sesuai untuk disarungkan di bawah sinar matahari . gambar lofficielmalaysia.com
Sesuai untuk disarungkan di bawah sinar matahari . gambar lofficielmalaysia.com

Bagi wanita pula, koleksi Levi’s itu menawarkan pilihan padanan pakaian yang menarik dan antara yang menjadi highlight adalah celana jean Boyfriend Levi’s. Ia sesuai untuk disarungkan di bawah sinar matahari, malah lebih menarik lagi jika dipakai ketika bergambar. 

Seluar ini dihasilkan dengan potongan longgar pada regangan pinggang, sekali gus memberi pilihan kepada si pemakai sama ada mahu mengekalkan suasana santai atau mengenakan gaya serba lengkap bersama pakaian lain.

Oleh itu, penghasilan koleksi kali ini pasti menjadi tumpuan peminat jenama Levi’s kerana ia memberi keselesaan kepada setiap individu yang memperagakannya. Lebih-lebih lagi jika hendak memakai jenama yang premium dan hadir ke acara kasual. 

Jadi, apa kata hujung minggu ini anda datang ke premis Levi’s untuk melihat dan merasai sendiri kelembutan koleksi terbaharu ini. Getaran, 10 Ogos 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 12 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN