Berita Terkini

14 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Fesyen Jalanan Pikat Peminat Bundle

Jangan pandang pakaian bundle sebelah mata. Mungkin kelihatan lusuh tetapi jika ia vintaj, harganya boleh mencapai ribuan ringgit!

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2021 9:00AM

Gambar: fotoBERNAMA/Nurhafizah Tan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sekali pandang, ia kelihatan seperti kemeja-T buruk lusuh yang hanya sesuai dijadikan kain buruk, namun jangan terkejut kalau dimaklumkan harga pakaian tersebut mampu mencecah ribuan ringgit dan menjadi kegilaan serta rebutan peminat vintaj seluruh dunia.

Dijual serendah RM5, penggemar pakaian bundle (pakaian terpakai) dari peringkat usia 13 tahun hingga 60-an, lazimnya menggemari gaya fesyen jalanan.

Penjual pakaian bundle Mohammad Rohaizad Roslan, 21, berkata kemeja-T dengan motif grafik kumpulan muzik era 1970-an dan 1980-an seperti Iron Maiden, Metallica dan Bon Jovi antara yang menjadi buruan dengan harga purata antara RM1,000 hingga RM2,000.

"Selain faktor selera muzik, selebriti antarabangsa popular yang suka menggayakan baju vintage edisi terhad sebagai identiti dan ekspresi fesyen turut menjadi faktor," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Expo Bundle yang berlangsung di Bukit Jalil baru-baru ini.

Anak kelahiran Kedah itu berkata kemeja-T dengan cetakan grafik kartun animasi televisyen sekitar tahun 1980-an, 1990-an dan awal 2000 seperti Rugrats dan Spongebob turut menjadi buruan.

"Grafik kartun seperti ini ada nilai sentimental dan mengimbau zaman kanak-kanak mereka," katanya yang tidak menafikan mampu meraih hasil lumayan daripada jualan pakaian bundle berjenama itu.

Bagi seorang lagi penjual pakaian bundle Muhamad Amirul Ikmal Zulkifli, 24, baju bertutup kepala (hoodie) jenama Korea Selatan, Pancoat merupakan antara yang menjadi dambaan peminatnya memandangkan ia tidak dijual di pasaran tempatan.

Gambar: fotoBERNAMA/Nurhafizah Tan
Gambar: fotoBERNAMA/Nurhafizah Tan

Muhamad Amirul Ikmal berkata jenama tersebut sinonim dengan warna terang dengan paparan watak animasi comel seperti itik, burung merak dan naga di bahagian depan baju sering menjadi pilihan golongan muda yang gemarkan gaya jalanan.

"Sekarang yang paling ramai orang cari yang ada watak unicorn kerana tiada lagi pengeluaran untuk edisi tersebut, selain konsep ceria, penggemarnya juga tertarik dengan material berkualiti yang digunakan," katanya.

Katanya pakaian dari jenama tersebut juga dilihat sering digayakan selebriti K-Pop dalam program hiburan popular seperti rancangan mainan akal dan media sosial yang membuatkan permintaan terhadap bundle jenama tersebut meningkat.

Sementara itu, pengumpul barangan vintaj, Abu Bakar Azman, 30, berpendapat koleksi barangan bundle mampu menjadi pelaburan yang mendatangkan pulangan lumayan.

“Kebanyakan barangan bundle dibeli dengan harga murah dan boleh dijual dengan harga mahal, contohnya baju designer Vivian Westwood daripada era 80-an yang dibeli dengan harga RM100 sekarang nilainya mencecah RM2,000,” katanya yang meminati fesyen dan muzik.

Sementara itu, pelajar Nurien Uzma Zakaria, 16, berkata membeli barangan vintaj bukan sahaja memenuhi selera mudanya tetapi juga membolehkannya membeli pakaian berjenama dengan harga yang lebih rendah.

“Dari zaman kanak-kanak lagi saya sudah terbiasa memakai dan dikelilingi barangan bundle kerana hampir kesemua keluarga juga minat, kawan-kawan pun sama,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 minggu yang lalu

Adidas Originals Raikan 3 Kasut Klasik Dalam Kempen, '1000 Back' 

2

Gaya 1 bulan yang lalu

Tiada Lagi Koleksi Raya Dari Rizman Ruzaini Selepas Ini, Mahu Tumpu Pasaran Antarabangsa 

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Koleksi Denim Marks & Spencer Diperkenalkan di Stor 1 Utama

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Hobi Mengait Jadi Terapi Diri, Jana Pendapatan

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah

Gaya 1 hari yang lalu

Diskaun Sana-sini, Peluang Tambah Koleksi Baju Raya Ke Rumah Terbuka

Syawal adalah masa terbaik untuk menambah koleksi baju raya memandangkan banyak potongan harga yang ditawarkan.

oleh Rahayu MN

Refleksi 9 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN