web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Andy Sulaiman Memeriahkan Gaya Pakaian Lelaki

Pereka fesyen kelahiran Sarawak Andy Sulaiman cuba membawa kelainan dalam fesyen lelaki tempatan.

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tertumpu kepada fesyen kontemporari, selesa dan lestari, pemenang anugerah dan pereka fesyen tempatan Andy Sulaiman cuba tampilkan kelainan dalam rekaannya untuk kaum lelaki.

Walaupun merupakan lulusan perniagaan dari sebuah universiti di San Francisco, Amerika Syarika,t pereka ini telah berjaya membuktikan kebolehannya dalam bidang senireka fesyen apabila memenangi Anugerah Kostum Terbaik di Festival Filem Malaysia tahun 2019 lewat filem seram, Dukun.

Pertama kali menceburi dunia fesyen pada tahun 2004, pereka yang kini berumur 54 tahun itu bermula dengan mereka koleksi pakaian lelaki untuk pereka tempatan tersohor Tom Abang Saufi Homme.

Dia kemudian memulakan jenamanya sendiri iaitu Andy Sulaiman di mana rekaannya boleh dibeli secara dalam talian di www.andysulaiman.com dan Collab Store di Shoppes di Four Seasons Place, di kedai jualan Four Seasons Hotel Kuala Lumpur, Jalan Ampang.

Jenama pakaiannya juga boleh dibeli di platform e-dagang seperti Zalora, Lazada serta Poptron.

Menampilkan aneka rekaan, himpunannya terdiri daripada jaket safari, jaket bomber, seluar panjang, seluar Bermuda, baju-t, kemeja dan banyak lagi.

Untuk pilihan warna pula Andy selesa bermain dengan rona hitam, putih, beige, biru navy, merah, biru dan kuning mangga untuk sedikit kelainan.

Dari segi rekaan pula, setiap helaian ada keunikan. Sebagai contoh, ada baju-t yang diperbuat dari bahan linen di depan dan menggunakan bahan kapas di belakang untuk menonjolkan sesuatu yang berbeza. Ada juga baju berunsur baju sejuk yang hadir dengan dua butang di bahu dan boleh dibuka untuk menunjukkan sedikit bahagian badan.

Jangan lupa juga kemeja longgar khas Andy dengan reben di bahagian leher yang mampu membuat pemakai kelihatan lebih bergaya.

Rekaan Andy juga pernah digayakan oleh ramai selebriti tempatan termasuk Farid Kamil, Keith Foo, Zul Ariffin dan ramai lagi.

Andy juga mempunyai koleksi jam tangannya sendiri yang tidak kurang anggun dan cantik.

Koleksi jam ini tampil dengan tali jam buatan kulit berwarna hitam dan coklat gelap.

Direka khas untuk lelaki moden dan suka bergaya rekaannya juga menggunakan fabrik semulajadi seperti linen dan kapas untuk memastikan kelestariannya kekal berkualiti tinggi dan mengurangkan pembaziran sisa bahan.

Berbekalkan cogan kata ‘Thoughtfully made, artfully crafted’ (Dibuat dengan teliti, direka penuh seni) rekaan Andy Sulaiman pasti akan menambat hati mereka yang mencubanya.

Koleksi Andy Sulaiman dijuala antara harga RM159 hingga RM399 dan boleh didapati di platform serta lokasi yang disebut di atas. - Getaran, 18 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

3

Gaya 1 tahun yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Kek Secret Recipe Diterjemah Menjadi Busana Melayu Tradisional

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi