web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


#MinimalisRaya: Aksesori Ringkas Untuk Gaya Raya Elegan

Minimalist Lab melancarkan Minimalist Raya 2021 Collection, aksesori minimalis yang bukan sahaja untuk melengkapkan gaya raya anda, malah untuk penampilan gaya harian anda.

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 May 2021 5:32PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Inilah masanya di mana rakyat Malaysia, terutamanya yang beragama Islam, meraikan keindahan Hari Raya Aidilfitri.

Dengan kehadiran Syawal yang bakal menjelma tiba, kami yakin semua pasti sedang teruja untuk berbelanja sakan pada saat-saat akhir, mencari-cari aksesori yang sesuai untuk dipadankan bersama baju raya masing-masing. 

Nah, mempersembahkan Minimalist Raya 2021 Collection - koleksi aksesori terbaharu dari Minimalist Lab. Kami percaya perhiasan dan aksesori ringkas ini sangat berkelas dan tak lekang dek masa. Ia boleh dipakai untuk semua majlis, bukan hanya saat Hari Raya semata-mata.

Tinggalkan kebiasaan berbelanja ‘pakai sekali sudah basi’. Tahun ini, semat azam dalam hati, beli aksesori untuk dipakai sehari-hari. 

Pakailah untuk Hari Raya, pakailah juga untuk penampilan pakaian seharian. Mudah, bukan?

Koleksi aksesori minimalis ini senang digayakan. Anda hanya perlu menyarungkannya dan bereksprimentasi dengan nilai estetika fesyen anda sendiri. 

Ia tampak ringkas dan sederhana, tetapi memberi impak yang besar. Kami cadangkan anda memadankannya bersama baju raya, bagi melengkapkan lagi penampilan gaya raya anda itu tadi.

Istimewanya, Minimalist Lab menawarkan promosi ‘Beli 3 Percuma 1’ untuk semua pembelian atas talian. Hanya gunakan promo MNMLRAYA semasa anda membuat pesanan. 

Bagi mereka yang ingin melihat Minimalist Raya 2021 Collection secara lebih dekat, bolehlah membeli di butik Minimalist Lab yang terletak di Mid Valley Megamall dan Pavilion KL.  

Layari Minimalist Lab untuk maklumat lanjut. – Getaran, 11 Mei 2021

Semua gambar: Minimalist Lab Malaysia

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 hari yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Gaya 2 minggu yang lalu

Rumah Kecil, Banyak Fungsi, Kenapa Rakyat Malaysia Kini Cari Perabot Fleksibel

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Ulang Tahun Ke-30 IKEA Malaysia: Membina Ruang, Mengukir Kenangan Bersama Rakyat Malaysia

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi