web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Glam Raya: Perindahkan Raya Anda Dengan Stail!

Hamparan musim panas/bunga 2021 untuk gaya raya anda yang glamor di Pavilion KL.

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 May 2021 2:36PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Raya ini, apa kata manjakan diri anda dalam glamor dan kemewahan, Pavilion KL menawarkan semua keperluan gaya untuk raya anda yang lebih eksklusif dan menawan.

Kebetulan himpunan koleksi musim panas/bunga 2021 sedang mekar membunga di butik-butik fesyen dan kecantikan yang terdapat di gedung beli-belah terkemuka di Bukit Bintang ini.

Buat para gadis dan wanita, jom kita intai apa yang terbaharu di Pavilion KL!

Vivy Yusof menggayakan #TheRattanDuck
Vivy Yusof menggayakan #TheRattanDuck

Yang Asas, Selendang Mewah

Selendang yang cantik dapat menambahkan lagi sentuhan sempurna untuk gaya raya anda. Sama ada dalam warna pastel atau rona lembut, dUCk Scarves mampu menghadirkan rasa glamor kepada si pemakainya. Tahun ini dUCK Scarves melancarkan koleksi raya, #TheRattanDuck istimewa sempena Koleksi Raya 2021

Arfa Batik
Arfa Batik

Pencinta Batik!

Jika anda mencari pendekatan yang lebih bernuansa Malaysia, bolehlah mengunjungi Malaysian Marketplace - bazar seni khas sempena kempen Riang RIUH Raya yang sedang berlangsung sehingga 23 Mei di Centre Court, Pavilion KL.

Menampilkan karya-karya batik dari pereka-pereka fesyen batik tempatan seperti Masrina Abdullah dan Arfa Batik, anda bakal menemui persalinan raya yang menggabungkan sisi glam moden dengan keindahan batik tradisional. 

Tom Ford Beauty
Tom Ford Beauty

Solek! Solek! Solek!

Siapkan kamera untuk solekan raya Instagram! Sama ada anda mahukan riasan minimalis atau berani, Pavilion KL terkenal dengan rumah-rumah kecantikan terkenal dunia seperti Mac Cosmetics, Benefits Cosmetics, Tom Ford Beauty, Armani Beauty, Dior Beauty, YSL Beauty, Chanel, Estee Lauder, Bobbi Brown, Etude House, Make Up For Ever, Kiehl’s serta banyak lagi. 

Tambahkan Bling!

Show-stopper! Tiada yang ‘menjerit’ glamor seperti intan dan pertama! Perhiasan kemilau adalah aksesori wajib yang perlu anda tambahkan untuk penampilan raya penuh glam tahun ini. Cadangan jenama seperti Tiffany & Co, Swarovski atau Cartier.

Jam Permata Mempesona

Tak cukup dengan perhiasan intan dan permata itu tadi, sarungkan pula seutas jam tangan permata yang elegan dan mempesona. Percayalah, gaya ini dapat menghadirkan perasaan sofistikated kepada si pemakainya. Silakan memilih dan menggayakan jam-jam tangan permata perdana, antaranya BVLGARI, Gucci Timepieces & Accessories atau Jacob & Co.

Gucci Horsebit 1955
Gucci Horsebit 1955

Beg Tangan Gaya Mewah

Simpan duit raya dalam beg dan tas tangan mewah yang bergaya dari rumah-rumah fesyen papan atas seperti Gucci, Prada, Tori Burch, Michael Kors, Coach, Fendi, Givenchy, Max Mara, Valentino, MCM, Burberry, Salvatore Ferragamo dan banyak lagi. 

Pilihan kami tentulah Gucci’s Special Ramadan Edition Handbag – The Gucci Horsebit 1955! Sangat eksklusif, ia hanya boleh didapati di butik Gucci di Malaysia atau Singapura sahaja. 

Penampilan Penamat

Tampilan glamor raya tidak lengkap tanpa sepatu tinggi yang sempurna! Pilih Jimmy Choo atau Christian Louboutin untuk sepasang kasut tumit tinggi yang pasti memberikan sentuhan akhir pada penampilan glam raya anda yang menakjubkan! – Getaran, 4 Mei 2021

Christian Louboutin S/S 2021
Christian Louboutin S/S 2021

Semua Gambar: Pavilion KL




 











 

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi