web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Shopping Last Minute?' Biar Yuna Pilihkan Tudung Raya Anda!

Yuna hadir dengan kolaborasi bersama jenama tempatan Putri N. Rex untuk menghasilkan tudung yang selesa dengan warna yang dekat dengan penyanyi 'Forevermore' itu!

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 May 2021 8:30AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjelang minggu terakhir Ramadan, pasti para wanita dan gadis sedang sibuk melayari laman sesawang yang menjual aneka fesyen terkini tak kisahlah baju, kasut, mahupun aksesori agar tampil menyerlah pada hari lebaran nanti. 

Walaupun beraya dalam norma baharu, tak salah untuk mengekalkan keserian dan keanggunan di pagi raya. 

Antara perkara mustahak pada Hari Raya nanti khususnya untuk para hijabi mestilah tudung mereka. Kainnya haruslah yang selesa dipakai di samping elok terletak ketika menggayakannya. 

Ikon fesyen dan juga selebriti Yuna nampaknya boleh membantu anda untuk memilih hijab raya yang sesuai menerusi warna dalam koleksi hijab terbaharunya.

Menerusi kolaborasinya bersama jenama tudung anak muda tempatan bernama Putri N. Rex, Yuna telah menghasilkan koleksi hijab yang menggunakan taglineEmbracing Silaturrahim.’ 

Dalam satu temu ramah, Yuna mendedahkan tagline itu diangkat memandang dia dan pengasas kepada jenama tudung ini iaitu Puteri Rex sudah bersahabat sejak dahulu lagi.

Mengenang kembali perjalanan yang mereka bina bersama-sama, tak salah jika mereka membawa semangat itu dalam konteks perniagaan agar pembelinya terasa erat dengan jenama itu. 

Apalagi jika ia dihasilkan penuh semangat oleh seorang hijabi kepada hijabi yang lain di luar sana.

Yuna juga mengakui warna-warna yang dipilih dalam koleksi ini begitu dekat dengannya. Namun begitu, beberapa proses perbincangan dilakukan dengan teliti agar ia sesuai dengan pasaran dan selera wanita di negara kita.

Dengan harga serendah RM98 sehelai, anda boleh memiliki koleksi hijab ini untuk lebaran nanti. Apa yang lebih menarik, setiap nama hijab ini pula diambil daripada judul lagu dan sesuatu projek yang diusahakan Yuna. 

Berikut kami senaraikan lima warna pilihan kami yang ada dalam koleksi Yuna ini:

Cantik, bukan? Semua ini dan banyak lagi warna-warna Yuna boleh anda dapatkan untuk Syawal nanti! Selamat membeli. - Getaran, 4 Mei 2021

Semua gambar: Ihsan The Putri N Rex

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 hari yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

2

Gaya 2 minggu yang lalu

Rumah Kecil, Banyak Fungsi, Kenapa Rakyat Malaysia Kini Cari Perabot Fleksibel

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Ulang Tahun Ke-30 IKEA Malaysia: Membina Ruang, Mengukir Kenangan Bersama Rakyat Malaysia

4

Gaya 1 bulan yang lalu

ICE-WATCH Malaysia Perkenal Bewatch Chrono, Jam Tangan Maskulin Untuk Gaya Hidup Moden

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi