Berita Terkini

19 minit yang lalu: MOF timbang peruntukan segera RM45.5 juta naik taraf CIQ KSAB atasi kesesakan 20 minit yang lalu: Jemaah Menteri setuju tubuh jawatankuasa tangani isu doktor kontrak 20 minit yang lalu: Agong, Permaisuri berkenan serah rumah asnaf MAIWP di Labuan 20 minit yang lalu: Gangguan Seksual: Sharon sedia beri sokongan emosi, kaunseling 20 minit yang lalu: Projek pembetungan Kuantan dijadual siap September

IKUTI KAMI


Bulan Bintang Melakar Sejarah, Tampil Koleksi Baju Raya Dengan Persembahan Dron

Bulan Bintang memperkenalkan ‘Bulan Bintang Ambassador 2023’ yang terdiri daripada Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Nadhir Nasar, Daiyan Trisha, Beto Kusyairy dan Sharnaaz Ahmad.

Gaya Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 7:00PM

Pengasas Bulan Bintang Azzim Zahid Azmi (tengah) bersama barisan duta jenama itu.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejarah tercipta dalam dunia fesyen tempatan baru-baru ini apabila jenama pakaian Bulan Bintang tampil dengan pertunjukan fesyen gilang-gemilang untuk koleksi terbaharu mereka dan memperkenalkan ‘Bulan Bintang Ambassador 2023’ yang terdiri daripada Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Nadhir Nasar, Daiyan Trisha, Beto Kusyairy dan Sharnaaz Ahmad.

Acara yang berlangsung di bangunan ikonik, Menara Kuala Lumpur (Menara KL) itu mengangkat tema ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ dan dihoskan oleh selebriti popular, Nabila Huda dan Sherry Alhadad.

Pertunjukan dron menghiasi langit pada pertunjukan fesyen Bulan Bintang.
Pertunjukan dron menghiasi langit pada pertunjukan fesyen Bulan Bintang.

Menjadi bualan dan sohor di media sosial apabila pertunjukan fesyen ini bukan sahaja menggunakan Menara KL dengan sebaiknya, malah turut menjadikan langit sebagai latar kemuncak acara.

Sepanjang acara berlangsung, penonton dipertontonkan dengan ‘projection mapping’ iaitu teknologi baharu yang membawa penonton ke satu dimensi berbeza dan memberikan satu pengalaman yang cukup berbeza. Projection mapping di tiang Menara KL ini memaparkan gimik dan juga nama-nama  koleksi yang akan mewarnai sambutan Aidilfitri tahun ini.

Malam makin hangat apabila tetamu dipertontonkan dengan pertunjukan dron yang luar biasa, di mana 350 buah unit dron menghiasi langit malam dengan membentuk formasi kisah perjalanan Bulan Bintang sejak mula bertapak di dunia perniagaan. Persembahan dron terbanyak ini turut berjaya tersenarai di Malaysia Book of Records.

Bercakap kepada pihak media sebaik sahaja acara berakhir, Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, dia mengambil keputusan untuk mengadakan pertunjukan fesyen sehebat itu kerana bersedia untuk memberikan segalanya untuk koleksi raya tahun ini.

Barisan duta Bulang Bintang di pertunjukan fesyen jenama itu.
Barisan duta Bulang Bintang di pertunjukan fesyen jenama itu.

Jelas anak muda berusia 26 tahun ini biarpun perbelanjaan yang dilaburkan mencecah jutaan ringgit, namun dia yakin keuntungan yang bakal diperolehi tahun ini mampu memberi pulangan yang setimpal.

“Saya sebenarnya tidak mahu mendedahkan berapa kos sebenar untuk penganjuran acara malam ini. Tapi ia tidak kurang daripada RM2 juta dan 80 peratus daripada kos itu adalah perbelanjaan untuk formasi dron yang anda dapat lihat tadi.”

“Saya membawa pasukan dari Eropah untuk persembahan pada malam ini dan perbincangan dengan pihak mereka telah bermula sejak lima bulan yang lalu.

“Jika mahu memperkatakan tentang kos yang telah dibelanjakan, memang ia bukanlah satu jumlah yang sedikit, tetapi saya dan pasukan Bulan Bintang yakin koleksi Ramadan dan Raya kali ini mampu meraih keuntungan yang disasarkan, sekali gus dapat pulangan kos perbelanjaan,” jelas Azzim yang mendedahkan koleksi terbaharu berjumlah 1 juta pasang.

Azzim Zahid Azmi
Azzim Zahid Azmi

Mengulas tentang pemilihan setiap duta, Azzim memberitahu setiap selebriti yang terpilih telah dikenal pasti tentang demografi pengikut mereka di media sosial.

“Sejak awal Bulan Bintang memilih selebriti yang popular dan punya jumlah pengikut yang luar biasa jumlahnya. Untuk barisan duta kali ini, saya percayakan dengan pengaruh yang mereka ada, pemasaran kami boleh sampai kepada golongan yang disasarkan.

“Saya perlukan mereka ini untuk memastikan stok 1 juta pasang ini habis dijual sebelum Aidilfitri. Selain menggunakan khidmat duta, pihak kami juga menggunakan pempengaruh untuk mempromosikan baju-baju kami,” tambah Azzim lagi.

Pertunjukan bunga api juga memeriahkan pertunjukan fesyen jenama itu.
Pertunjukan bunga api juga memeriahkan pertunjukan fesyen jenama itu.

Pertunjukan fesyen Bulan Bintang pada Sabtu menampilkan koleksi Raya Ready To Wear (RTW) sedondon seisi keluarga yang terdiri daripada 68 rekaan dan 326 pilihan warna eksklusif.

Didatangkan dengan pelbagai pilihan saiz dari umur 0-1 tahun hingga 5XL bagi golongan plus size, koleksi Bulan Bintang ini semestinya boleh digayakan oleh semua. Selain menampilkan model profesional, pertunjukan fesyen ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ ini juga turut disertai barisan duta dan pempengaruh sosial media di pentas utama.

Kumpulan Dolla, Ernie Zakri dan Syamel turut mempersembahkan beberapa buah lagu untuk mengiringi model-model yang sedang beraksi.

Penjualan koleksi Raya 2023 kini sudah pun bermula. Pengguna boleh mendapatkannya dari ejen yang sah atau di butik rasmi Bulan Bintang di seluruh Malaysia. Anda juga boleh dapatkan koleksi Raya Bulan Bintang 2023 di www.bulanbintanghq.com. - Getaran, 21 Februari 2023

Gambar oleh Bulan Bintang / Rahayu MN

Sorotan

1

Tetapkan Garis Masa, Sasaran Selesai Isu Doktor Kontrak Dalam 3 Tahun

2

Pharmaniaga Jamin Bekalan Ubat Tidak Terjejas - Menteri

3

Saya Hormat Kebebasan Media, Tapi Akan Tegur Jika Laporan Menimbulkan Fitnah - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Membanggakan! Model Kelahiran Malaysia, Shikin Gomez Dipilih Untuk Berjalan Di Pertunjukan Fesyen Dior

oleh Helmi Anuar