web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sulaman Potret Cetus Kreativiti Baharu Seni Jahitan Tangan

Untuk menghasilkan sulaman potret, Siti Nur Amalina akan mendapatkan gambar sebenar daripada pelanggannya dan kemudian menghasilkan ilustrasi melalui aplikasi drawing di telefon berdasarkan gambar tersebut.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 8:00AM

Siti Nur Amalina memberikan sentuhan inovasi yang unik apabila menghasilkan sulaman berbentuk potret berasaskan gambar sebenar. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lazimnya dahulukala seni sulaman sering dilihat pada selimut, topi dan baju dengan dihiasi pelbagai corak bagi mencantikkan lagi sesuatu jenis fabrik.

Namun seiring dengan peredaran masa, Siti Nur Amalina Mohamad Sukri memberikan sentuhan inovasi yang unik kepada seni tersebut apabila menghasilkan sulaman berbentuk potret berasaskan gambar sebenar. 

Siti Nur Amalina, 29, berkata beliau memilih sulaman potret kerana ia dapat merakamkan peristiwa penting yang berlaku dalam hidup dan juga menggambarkan ekspresi wajah seseorang sekali gus boleh diabadikan dalam bentuk hasil sulaman tangan yang menarik sebagai kenangan indah. 

Sejak mula berkecimpung dengan seni sulaman bermula September 2020, bekas graduan Sarjana Bidang Nanoteknologi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata beliau telah berjaya menghasilkan lebih 150 sulaman dengan separuh daripadanya adalah potret.

“Pada asalnya saya langsung tak pandai menjahit, tapi apabila bosan berada di rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana negara dilanda pandemik COVID-19 ketika itu, saya cuba cari perkara baharu iaitu belajar menjahit.

“Tiba-tiba saya terjumpa di Internet mengenai kit sulaman yang membolehkan kita belajar teknik asas sulaman. Sejak dari itu, saya mula belajar melalui tutorial sulaman di YouTube dan lama-kelamaan hasil sulaman saya berjaya serta turut meraih perhatian netizen apabila saya berkongsinya di laman sosial,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Berkongsi lanjut, Siti Nur Amalina berkata beliau menghasilkan tiga jenis seni sulaman potret iaitu fully stitched hoop iaitu potret dan latar belakang disulam penuh, kedua potret sulaman berwarna iaitu hanya bahagian potret disulam benang berwarna dan ketiga ialah outlined portrait iaitu hanya garisan luar potret disulam.

“Dari segi kesukaran, fully stitched hoop paling susah dan lama hendak disiapkan, sebab banyak yang perlu diperincikan termasuk lakaran yang sekecil-kecilnya dan satu ram sulaman itu perlu dijahit,” katanya dan menambah seseorang itu memerlukan kesabaran yang tinggi dalam menghasilkan sulaman potret yang berkualiti.

Siti Nur Amalina berkata untuk menghasilkan sulaman potret, beliau akan mendapatkan gambar sebenar daripada pelanggannya dan kemudian akan menghasilkan ilustrasi melalui aplikasi drawing di telefon berdasarkan gambar tersebut.

Katanya, selepas itu ilustrasi tersebut akan dicetak di atas sticker paper menggunakan mesin cetak biasa sebelum dilekatkan di atas fabrik yang membolehkan sesuatu teknik sulaman boleh dilakukan dan ia dijual dengan harga bermula RM100.

“Semua sulaman potret akan dijahit pada ram sulaman yang saiznya bermula daripada 7 sentimeter (cm) hingga 34cm. Lagi sukar reka bentuk dan besar saiz, lagi banyak masa yang diambil untuk disiapkan,” katanya yang telah menguasai 15 jenis jahitan untuk menghasilkan sulaman potret.

Pada masa akan datang, Siti Nur Amalina yang berasal dari Lembah Keramat di sini berhasrat mengadakan kelas sulaman kerana menerima banyak permintaan daripada orang ramai yang ingin mempelajarinya. - Bernama

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan