Berita Terkini

6 jam yang lalu: Petugas kontrak: KKM belum tetapkan garis masa, perlu pinda akta pencen - Lukanisman 6 jam yang lalu: Kes VLN Zahid: pengurusan kes selanjutnya rayuan pihak pendakwaan pada 12 Mei 6 jam yang lalu: Semua pihak disaran buat semakan ketepatan tarikh hijrah pada jam digital azan 6 jam yang lalu: Ahmad Zahid harap pelantikan Ab Rauf bawa perubahan kepada Melaka 6 jam yang lalu: Penjawat awam Selangor terima bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji

IKUTI KAMI


Karpet Merah AMAS 2022 Jadi Tumpuan, Artis Melaram Dengan Gaya Fesyen Yang Terbaik Dan Pelik 

Ramai artis yang mencuri tumpuan di karpet merah AMAS 2022 termasuklah Beyonce, Pink, Bebeb Rekha, Carrie Underwood dan Ellie Goulding. 

Gaya Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2022 11:50AM

Maneskin mencuri perhatian apabila mengenakan suit yang pelik di bahagian celana mereka. - Gambar Getty Images

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saat ini, Anugerah American Music 2022 (AMAS 2022), masih berlangsung lagi di Microsoft Theater di Los Angeles. 

Seperti biasa, kehadiran AMAS 2022 memang seringkali dinantikan kerana anugerah ini mempunyai sejarah yang panjang tentang kehadiran artis di karpet merah dengan fesyen baju mereka yang menarik perhatian. 

Daripada Madonna yang tampil dengan fesyen Marilyn Monroe pada tahun 1987, kita juga tidak pernah lupa saat Britney Spears dan Justin Timberlake muncul dengan gaya denim mereka bersama. 

Tahun ini, karpet merah AMAS 2022 sekali lagi mencuri tumpuan dengan gaya fesyen artis yang hadir. 

Ramai artis yang mencuri tumpuan di karpet merah AMAS 2022 termasuklah Beyonce, Pink, Bebeb Rekha, Carrie Underwood dan Ellie Goulding. 

Ada yang tampil dengan gaya fesyen terbaik, ada yang pelik dan ada juga yang jelik.  Namun, Getaran telah memilih seleksi  fesyen-fesyen artis ini yang benar-benar mencuri tumpuan. 

Gambar Jordan Strauss/Invision/AP
Gambar Jordan Strauss/Invision/AP

Kelly Rowland

Tampil sebagai penyampai anugerah, Kelly Rowland yang juga salah seorang anggota Destiny’s Child muncul dengan gaya yang cukup anggun dengan dress bercetak Cheetah dipadankan dengan sarung tangan hitam sehingga ke lengan. Dia benar-benar nampak seperti seorang diva.  

Gambar Jordan Strauss/Invision/AP
Gambar Jordan Strauss/Invision/AP

Sabrina Carpenter 

Pelakon dan penyanyi, Sabrina Carpenter kelihatan bergemerlapan dengan sinar keperakan apabila mengenakan top dan skirt pendek beruntaian daripada Oscar de la renta.  

Gambar Emma McIntyre/Getty Images
Gambar Emma McIntyre/Getty Images

Kim Petras 

Penyanyi dan penulis lagu asal Jerman yangs udah menetap di Los Angeles ini mengenakan semula fesyen denim yang pernah dipakai oleh Britney Spears di AMAS pada 2001. Bijak sungguh dia mencuri tumpuan. 

Gambar Frazer Harrison/Getty Images 
Gambar Frazer Harrison/Getty Images 

Machine Gun Kelly 

Daring! Itulah yang boleh dikatakan terhadap artis rap rock dan penulis lagu ini apabila memilih untuk mengenakan sut Dolce & Gabbana yang dipenuhi dengan besi tajam sepanjang 7 inci yang diperbuat daripada sejenis tembaga merah (gunmetal – red bronze).  Artis ini mengakui sukar untuknya buang air kecil dengan pakaian itu. 

Gambar Frazer Harisson/Getty Images 
Gambar Frazer Harisson/Getty Images 

Dencia 

Penyanyi, usahawan dan pereka fesyen ini tak mahu kalah di karpet merah. Bergemerlapan dengan fesyen metalik, Dencia turut mengenakan tpi dan tongkat yang sepadan warna. 

Gambar Tommaso Boddi/WireImage/Getty Images
Gambar Tommaso Boddi/WireImage/Getty Images

Maneskin 

Band rock daripada Itali ini menyampaikan lagu Supermodel di AMAS 2022. Namun, kehadiran mereka di karpet merah mencuri perhatian apabila mengenakan suit yang pelik di bahagian celana mereka. 

Gambar Jordan Strauss/Invision/AP
Gambar Jordan Strauss/Invision/AP

Kali Uchis 

Merah menyala! Seperti ingin orang tahu dengan keinginannya yang penuh membara, penyanyi ini tampil dengan gaun satin merah daripada Dilara Findikoglu yang dihias dengan bulu-bulu warna yang sama. Macam red riding hood pun ada. 

Gambar Jordan Strauss/Invision/AP
Gambar Jordan Strauss/Invision/AP

Tinashe 

Penyanyi ini sering melaram sakan di acara karpet merah. Di karpet merah AMAS 2022, Tinashe mengenakan korset putih dengan skrit hitam panjang belah belakang daripada  Marc Jacobs. Ia dipadankan dengan sarung tangan opera  dengan platform hitam yang tinggi. - Getaran, 21 November 2022
 

Sorotan

1

PU Syed Puji Suara Aliff Syukri Sedap, Tetapi Minta Jangan Tergedik-Gedik Dan Hormati Bulan Ramadan

2

Polis Kenal Pasti Pengirim Bungkusan Kepada PM, Rafizi

3

Najib Kekal Dipenjara Selepas Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Semakan Kes SRC

Disyorkan untuk anda

Gaya 16 jam yang lalu

Membanggakan! Model Kelahiran Malaysia, Shikin Gomez Dipilih Untuk Berjalan Di Pertunjukan Fesyen Dior

oleh Helmi Anuar

Selera 1 hari yang lalu

Nasi Tenong Tarikan Baharu Payang Water Taxi