web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tampil Bergaya Dengan Skarf Caramel X FK by Farah Khan

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Apr 2021 2:15PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mogul fesyen, Datuk Seri Farah Khan sentiasa berada di hadapan apabila membicarakan tentang fesyen. Ketika dunia dilanda pandemik dan industri fesyen bagaikan menyepi, personaliti ini tampil dengan sesuatu yang istimewa sempena Ramadan dan Raya tahun ini. 

Kali ini jenama fesyen, Farah Khan berkolaborasi dengan jenama skarf yang semakin mencipta nama, Caramel Fashion Scarves menghasilkan koleksi skarf edisi terhad yang boleh digayakan oleh mana-mana wanita moden hari ini.

Sama ada anda seorang hijabista mahu pun ‘free hair’, edisi skarf Caramel X FK by Farah Khan ini pasti membuatkan penampilan anda memukau mata memandang! 

Siapa pula gerangan di sebalik nama Caramel Fashion Scarves ini? Tidak lain tidak bukan ia adalah Datin Azila Caramella yang juga punya pesona tersendiri dalam berfesyen.

Jika dahulu koleksi pertamanya, Jardin De Caramel diinspirasikan daripada keindahan kota Paris, kali ini kedua-dua ikon fesyen ini menterjemahkan keindahan taman-taman di serata dunia. 

“Koleksi skarf kami menawan dan dijual pada harga yang berpatutan. Bahkan ia relevan untuk wanita pelbagai lapisan umur dan sudah semestinya boleh digayakan dalam pelbagai cara yang menarik.

“Boleh digayakan di leher, dijadikan aksesori rambut, dililit dipinggang, bahkan boleh juga dipakai sebagai tudung atau turban,” ulas Datin Azila mengenai koleksi yang mengangkat keindahan taman Majorelle dan Tuileries ini.

“Saya sangat merindui taman Shalimar saya di Bali. Jadi, pasukan rekaan yang sering bersama saya di sana telah melakukan kaji selidik untuk menghasilkan koleksi ini bersama Caramel. 

“Setiap cetakan ataupun motif yang dipersembahkan adalah cerminan kegembiraan, keindahan lanskap flora dan fauna yang membuatkan kita berasa tidak sabra untuk kembali ke sana,” tambah Datuk Seri Farah Khan pula. 

Caramel X FK by Farah Khan boleh didapati dalam beberapa siri yang terdiri daripada The Monet Print, The Tuileries Print, The Shalimar Print, The Majorelle Print, The La Mamounia Print dan The Katsura Print.

Koleksi Edisi Terhad Caramel X FK oleh Farah Khan ini dijual pada harga RM245 dan ia boleh didapati di M Pavilion, Level 3, Pavilion KL, butik Caramel Scarves, pusat beli-belah MyTown dan juga di platform online http://www.caramelscarves.com dan fashionvalet.com. - Getaran, 20 April 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 hari yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

2

Gaya 2 minggu yang lalu

Rumah Kecil, Banyak Fungsi, Kenapa Rakyat Malaysia Kini Cari Perabot Fleksibel

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Ulang Tahun Ke-30 IKEA Malaysia: Membina Ruang, Mengukir Kenangan Bersama Rakyat Malaysia

4

Gaya 1 bulan yang lalu

ICE-WATCH Malaysia Perkenal Bewatch Chrono, Jam Tangan Maskulin Untuk Gaya Hidup Moden

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi