web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dapatkan Solekan Mata Galak Seperti Athisha Khan

Young & Glow lancar Wing Up Mascara bersama Athisha Khan sebagai wajah kempen.

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2021 2:30PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Young & Glow mempersembahkan Wing Up Mascara - maskara pertama dengan penampilan Athisha Khan sebagai muse kempen.

Maskara ini diperbuat daripada bahan-bahan yang bersih dan dipadukan dengan formula berprestasi tinggi. Ia menjanjikan ‘kelebatan’ sehingga tiga kali ganda berbanding bulu mata asli. 

Hadir dalam kemasan eksklusif berwarna emas dan merah jambu, maskara ini lengkap dengan gambaran kupu-kupu, mengukuhkan lagi temanya yakni “Dengan Sayap Berani, Dia Terbang”.

Young & Glow membawa apa yang diingini gadis masa kini iaitu maskara yang murni dan ringkas, tetapi mampu menyerlahkan dan melentikkan bulu mata dengan baik. 

Wing Up Mascara diformulasi tanpa silikon, paraben dan alkohol. Ia kaya dengan minyak argan, minyak marula, lilin lebah asli, lilin carnauba, vitamin E, serat dan ekstrak lidah buaya.

Dengan berus yang direka untuk mencapai setiap helai bulu mata, maskara ini membuat bulu mata anda terlihat lebih panjang dan penuh serta tahan lebih lama.

Dengan harga berpatutan, ia mampu mencorak keindahan pada bulu mata lebat yang selalu diimpi-impikan semua gadis.

Wing Up Mascara berharga RM39 (sebatang) dan boleh didapati di laman sesawang Young & Glow – Getaran, 13 April 2021

Semua gambar: Young & Glow

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 hari yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

2

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Gaya 2 minggu yang lalu

Rumah Kecil, Banyak Fungsi, Kenapa Rakyat Malaysia Kini Cari Perabot Fleksibel

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Ulang Tahun Ke-30 IKEA Malaysia: Membina Ruang, Mengukir Kenangan Bersama Rakyat Malaysia

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi