Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kenapa Rizman Ruzaini Berarak Di Perkarangan Bukit Bintang, Apa Kaitannya Dengan Beg Tote?

Pereka fesyen duo terkenal negara iaitu Rizman Ruzaini dilihat telah melakukan perarakan bersama 50 jelitawan di pusat tumpuan ramai itu sambil memegang sepanduk.

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 8:19PM

Perarakan fesyen adalah perkara biasa di bandar-bandar besar dunia, namun ini adalah kali pertama Kuala Lumpur menyaksikan acara yang cukup ikonik ini - Gambar ihsan Rizman Ruzaini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukan di London ataupun New York tetapi Bukit Bintang, itu sejarah yang tercipta pada Selasa lalu apabila jenama fesyen terkenal negara Rizman Ruzaini membuat kejutan melalui perarakan fesyen di lokasi tumpuan pelancong itu.

Mengumpulkan 50 jelitawan yang terdiri daripada model, ratu cantik serta bintang media sosial, apa yang cukup mencuri tumpuan adalah bagaimana kesemua mereka ini berarak sambil menyarung pakaian Rizman Ruzaini yang terkenal dengan rekaan elegan dan eksklusif.

Menurut Rizman walaupun perarakan fesyen ini perkara biasa di bandar-bandar besar dunia, namun ini adalah kali pertama Kuala Lumpur menyaksikan acara yang cukup ikonik ini.

“Ini juga sebagai cara untuk kami menghargai mereka yang selama ini bersama jenama Rizman Ruzaini sejak 17 tahun lalu. Wajah-wajah inilah yang memperagakan Rizman Ruzaini daripada kami bukan sesiapa dan kini menjadi antara jenama utama di negara ini.

“Jika dilihat ini juga kali pertama perarakan fesyen seperti ini berlaku di Malaysia. Menjadi harapan kami untuk melihat Kuala Lumpur turut tersenarai sebagai antara bandar fesyen suatu hari nanti, sama seperti Milan dan Paris,”katanya.

Rizman dan Ruzaini
Rizman dan Ruzaini

Sementara itu, menuju ke sasaran jualan 10 juta ringgit untuk tahun ini, Rizman Ruzaini juga turut memperkenalkan produk aksesori fesyen terbaharu ‘Basic Tote Beg’. 

Jelas Rizman melihat sambutan yang diterima bag ini tahun lalu, membuatkan mereka yakin untuk tampil dengan lima warna berbeza untuk tahun ini.

Malah, lebih mengejutkan apabila beg yang baru dilancarkan ini kehabisan stok untuk beberapa warna selepas beberapa jam dijual melalui rizmanruzaini.my.

“Melihat sambutan yang diterima tahun lepas memang kami yakin untuk keluarkan beg ini dengan kuantiti yang lebih banyak kali ini. Cuma tidak sangka ada beberapa warna yang sudah habis di jual antaranya warna hitam.

“Mengekalkan kualiti yang sama, menjadi fokus kami untuk memastikan setiap produk di bawah jenama ini mampu dimiliki semua golongan. Sebab itu ada yang terkejut bila harga beg tote basic ini hanya RM149,”katanya.

Sementara itu menurut Rizman walaupun ada beberapa warna yang sudah habis dijual, namun pihaknya akan berusaha untuk menambah stok beg melalui warna pilihan sedikit masa lagi. 

Jelasnya melalui perancangan perniagaan yang dibuat pihaknya menjadi harapan agar semua produk Rizman Ruzaini dapat dinikmati semua golongan dengan harga mampu milik.

Sementara itu melihat kemampuan perniagaan berasaskan fesyen ini yang semakin bergerak maju di negara ini, tambahnya pihaknya juga dalam perancangan untuk memperkenalkan kedai utama berbentuk fizikal untuk memudahkan pelanggan dan pengguna produk ini melawat jenama ini secara terus.

“Memang ada dalam perancangan kami untuk membuka kedai utama tidak lama lagi. Mungkin dua tahun lalu kita lebih suka membeli secara atas talian tetapi dalam tempoh sekarang ramai yang lebih senang untuk melihat dan merasa sendiri material setiap produk yang dijual.

“Jadi saya sudah berbincang dengan pasukan saya untuk membuka sebuah kedai utama tidak lama lagi. Di mana lokasinya kami akan umumkan sedikit masa lagi,”jelasnya. – Getaran, 27 September 2022

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat