web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hasil Tangan Pencanting Batik Tempatan, Naelofar Raikan Merdeka Dengan Batik Kelantan

Koleksi Seindah Batik memupuk semangat anak Malaysia sempena Hari Kebangsaan 2022.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2022 10:00AM

Naelofar meraikan seni warisan batik Malaysia melalui kerjasama dengan pencanting batik, Rosliza Muhammad dari Lizza Creations Kelantan untuk mencipta Koleksi Seindah Batik. - Gambar ihsan Naelofar

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Batik ialah suatu seni yang sangat indah. Setiap karya batik diperbuat dengan penuh ketelitian yang cukup layak menjadikannya sebagai salah satu karya seni warisan.

Seni tradisi yang sudah pun berusia ratusan tahun ini masih lagi dihargai melalui dedikasi, kemahiran dan kepakaran oleh pencanting-pencanting batik tempatan. Sayangnya mereka sering tidak dikenali umum.

 Koleksi Seindah Batik
Koleksi Seindah Batik

Seraya itu, sempena menyambut Hari Merdeka pada tahun ini, Naelofar meraikan seni warisan batik Malaysia melalui kerjasama dengan pencanting batik, Rosliza Muhammad dari Lizza Creations Kelantan untuk mencipta Koleksi Seindah Batik.

Koleksi Seindah Batik ini diperbuat sepenuhnya dengan corak batik yang rumit demi mempamerkan semangat Malaysia untuk kita menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-65 dengan penuh kebanggaan. 

Koleksi batik istimewa ini menampilkan dua bunga tempatan iaitu bunga kenanga dan bunga cempaka. Setiap cantingan batik pula dicipta semula secara digital.

Koleksi tudung
Koleksi tudung

Melalui kerjasama ini juga, Naelofar ingin mengajak para wanita Malaysia untuk menyemarakkan lagi semangat anak Malaysia dengan menyarungkan seni warisan tempatan ini dengan bangganya untuk pemakaian harian mereka.

Menariknya, anda juga berpeluang merebut hadiah percuma koleksi ini melalui akaun Instagram rasmi @naelofar, @neelofa, @noorkartini dan @athishakhan untuk Naelofar Babes yang bertuah. 

Antara koleksi Seindah Batik.
Antara koleksi Seindah Batik.

Koleksi Seindah Batik edisi terhad yang menerangkan kisah penciptaan dan menyingkap kisah di sebalik pembuatan koleksi ini hanya boleh didapati melalui acara yang diadakan secara dalam talian di akaun-akaun Instagram yang tertera.

Bersemangat menyambut Hari Merdeka dengan Koleksi Seindah Batik! – Getaran, 31 Ogos 2022

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan