web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Gadis Pelarian Afghanistan Reka Tudung, Bantu Kebajikan Pelarian Lain Di Malaysia

Melalui Projek Maruah, 100% keuntungan The Dignity Collection oleh Innersejuk akan disumbangkan kepada masyarakat pelarian di Malaysia.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 10:00AM

Zahra Rezaie - Gambar ihsan Innersejuk

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Innersejuk melancarkan The Dignity Collection bagi membantu masyarakat pelarian yang terdapat di Malaysia.

Istimewanya, koleksi selendang ini merangkumi rekaan selendang dan tudung yang direka khas oleh dua pelarian muda dari Afghanistan iaitu Zahra Rezaie (19) dan Zahra Karimi (14).

Dua anak muda berbakat ini telah lama menetap di Malaysia dan telah meluangkan masa mereka sebagai perantis Innersejuk di bawah Project Dignity (Projek Maruah).

Zahra Rezaie menyatakan karyanya diilhamkan oleh cintanya terhadap seni moden dan alam semulajadi, baik di Malaysia mahupun di Iran, negara pertama dia dilahirkan sebagai pelarian.

“Dalam salah satu rekaan saya, saya menggambarkan empat musim yang saya alami di Iran melalui motif bunga di setiap sudut selendang,” ceritanya.

Mengulas lanjut tentang koleksi ini juga, Zahra Karimi pula berkata rekaannya diilhamkan oleh alam semula jadi.

“Saya mengetengahkan selendang dalam warna-warna teal dan menggabungkan pelbagai jenis bunga dan daun bagi melengkapkan rekaan koleksi ini,” jelasnya.

Sepanjang projek ini berjalan, mereka telah dilatih dan didedahkan dengan pelbagai kemahiran seperti seni reka dan pengetahuan produksi yang digunakan dalam industri komersial.

Melalui projek ini juga, mereka berdua telah diberi peluang untuk mencipta seni reka selendang yang dinamakan sebagai The Dignity Collection. 

Zahra Karimi - Gambar ihsan Innersejuk
Zahra Karimi - Gambar ihsan Innersejuk

Koleksi ini menampilkan selendang satin edisi terhad dalam tiga warna, lapan selendang satin dan lapan tudung bawal kapas.

Keseluruhan koleksi mengandungi 19 tudung dalam pelbagai warna dan sembilan inspirasi motif-motif yang berbeza. 

Menariknya, setiap satu selendang mempunyai nombor siri dan sijil yang unik. Hanya 500 helai selendang akan dihasilkan.

100 peratus keuntungan The Dignity Collection akan disumbangkan kepada masyarakat pelarian untuk membiayai pendidikan, pembangunan sosial dan kebajikan asas mereka. 

Koleksi ini mendapat kerjasama The Malaysian Social Research Institute (MSRI) dengan sokongan United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR).

Ia turut mendapat perkenan untuk berada di bawah naungan diraja, Raja Muda Selangor, DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

The Dignity Collection boleh dibeli dalam tiga jenis kain di laman sesawang rasmi Innersejuk. – Getaran, 24 Ogos 2022

  


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Tegas Tangani Isu Imigran

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Puji Resolusi UNHCR, Islamofobia Perlu Ditentang

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Perlu Perkemas Penglibatan Pihak Tangani Isu Pelarian, Mekanisme Pengurusan Harus Efisien

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Cadangan Tutup Pejabat UNHCR, Terpulang Kepada Malaysia - AS

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Gaya 3 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN