web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Batik Rekaan Permaisuri Agong Dipamer Di Pameran Synthesis

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 9:29AM

Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berucap di majlis perasmian pameran itu. - Gambar daripada Facebook Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih 40 rekaan batik yang dihasilkan oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dipamerkan pada Pameran Synthesis di Galeri Prima, Balai Berita The New Straits Times Press di sini bermula semalam hingga 18 September depan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Istana Negara, Raja Permaisuri Agong telah berkenan berangkat menyempurnakan majlis perasmian pameran itu semalam.

Turut berangkat Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Raja Permaisuri Agong memberi demonstrasi melukis batik. - Gambar daripada Facebook Istana Negara
Raja Permaisuri Agong memberi demonstrasi melukis batik. - Gambar daripada Facebook Istana Negara

Menurut Istana Negara, Galeri Prima adalah galeri seni persendirian pertama mendapat perkenan Raja Permaisuri Agong untuk mempamerkan karya eksklusif baginda iaitu batik cetakan blok yang merupakan antara teknik pembuatan batik tradisional tertua di Malaysia.

Baginda turut memperkenan Galeri Prima mempamerkan 12 karya pelukis batik terbaik negara iaitu Ramli Malek di antara tahun 1943 hingga 1982 dan beberapa karya yang dipamer adalah sebahagian daripada koleksi seni persendirian Seri Paduka serta tidak pernah dipamerkan kepada umum sebelum ini.

Pameran itu turut menampilkan 42 karya seni 37 artis tempatan terkenal dan baharu seperti Datuk Chuah Thien Teng, Chuah Seow Keng, Yusof Ghani, Abdullah Jones, Fauzin Mustafa, Mastura Abdul Rahman, Zaharin Muhammad serta Raja Azhar Idris. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

Pameran Kartun 'Seiring Sejalan' Terap Semangat Perpaduan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keindahan Alam Tak Dapat Diganti Jika Musnah - Tunku Azizah

4

Semasa 3 tahun yang lalu

PM Seru Konglomerat Supaya Sokong Pembangunan Seni

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan