web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elton John Beri Hard Rock Sut Gucci Ikoniknya

Legenda muzik ini memulakan Jelajah London 2022 di Hard Rock Cafe dengan persembahan dan pertukaran barangan kenangannya.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 4:30PM

Elton John bersama dua busana ikoniknya - Gambar ihsan Hard Rock International

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemuzik dan pemenang berbilang anugerah Grammy, Elton John berbesar hati memberikan sut Gucci ikoniknya untuk koleksi Hard Rock Memorabilia di Old Park Lane Hard Rock, London, England.

Menurut perjanjian bersama Hard Rock International (HRI), sut Guccinya itu ditukar dengan satu lagi busana legenda miliknya iaitu Rocketman Dodger. 

Sut Gucci ini ialah sehelai jaket lapel benang bebiri hitam dengan hiasan sulaman bunga daripada benang mewah dan dihiasi dengan labuci. 

Sut ini disarungkan oleh Elton sepanjang konsert Farewell Yellow Brick Road Tour dan kini telah menyertai 86,000 koleksi lain yang turut berada di dalam simpanan Hard Rock Memorabilia.

HRI turut menyumbang USD$100,000 kepada Tabung AIDS Elton John sempena sambutan ulang tahun ke-50 HRI dan ulang tahun ke-50 album keempatnya, Madman Across the Water.

Sejarahnya, Hard Rock Memorabilia bermula di Old Park Lane Hard Rock selaku kafe Hard Rock pertama dengan Eric Clapton menyumbang barangan kenangan pertama berupa sebuah gitar. 

50 tahun kemudian, Elton John pula menyumbang barangan kenangannya di sini.

“Sempena menyambut ulang tahun ke-50, kami berbesar hati menambahkan koleksi tersebut. Sut Gucci ikonik yang dihadiahkan sendiri oleh Elton ini bakal memperingati detik istimewa ini.

“Ia membenarkan kami bercerita tentang kisah muziknya untuk generasi akan datang,” ujar Keith Sheldon, Presiden Jabatan Hiburan, Hard Rock International.

Hard Rock Memorabilia turut merangkumi pelbagai barangan kenangan milik pemuzik-pemuzik terkenal dunia dan artifak muzik tulen yang meraikan semua genre muzik dari serata dunia.

Ia termasuk lirik lagu ‘Imagine’ tulisan tangan John Lennon serta karya-karya kontemporari daripada artis moden seperti Billie Eilish dan ramai lagi. – Getaran, 12 Julai 2022

Gambar: Hard Rock International

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tate Modern Anjur Iftar Untuk Warga London

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Sarimah Ibrahim Kini Mengorak Langkah Bersama Agensi Berpengkalan Di London

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Demi Palestin, Ratusan Ribu Penuhi Jalan Raya Di London 

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Ribuan Berkumpul Di Luar Parlimen UK, Desak Gencatan Senjata Di Gaza

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan