web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Puma Lantik DJ Snake Sebagai Duta Kasut Terbaharu ‘Mirage’

Sepatu retro diberi nafas baru nan futuristik. Itulah sniker Mirage oleh PUMA. Sempurna dipromosikan oleh dutanya, DJ EDM ternama, DJ Snake.

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2021 2:45PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama sukan terkemuka, PUMA baru-baru ini telah menjalin kerjasama dengan DJ Perancis dan penerbit rekod terkenal, William Sami Étienne Grigahcine, atau lebih dikenali sebagai DJ Snake bagi mempromosikan kasut sniker terbaharu, Mirage.

DJ Snake, yang terkenal dengan muzik tanpa batasan dan pesona fesyen berpengaruh akan menjadi duta global untuk kasut sniker terbaharu PUMA, Mirage. Mirage merupakan koleksi lama PUMA yang telah dikembalikan dengan perspektif baru mengenai gaya jalanan, menggunakan inspirasi dari dunia DJ dan muzik tarian elektronik (EDM).

"Saya adalah peminat budaya fesyen dan kasut. Apabila dapat menyertai keluarga PUMA, saya menganggapnya adalah pencapaian luar biasa. Saya tahu selepas ini almari saya akan dipenuhi dengan beberapa koleksi tambahan yang hebat. Sebagai peminat kasut sniker atau sneakerhead, saya sentiasa mengikuti setiap koleksi yang dilancarkan oleh PUMA. Bahkan, turut menampilkannya dalam video dan persembahan saya,” ujar DJ Snake.

Mirage OG pertama kali diperkenalkan lebih dari setengah abad yang lalu, pada awalnya ia diperkenalkan sebagai kasut trek dan acara padang dan pada tahun 90-an ia dilancarkan semula sebagai kasut joging.

Menurut Pengarah Reka Bentuk dan Inovasi Global PUMA, Heiko Desens, pemilihan DJ Snake adalah pilihan yang bijak kerana ia bertepatan dengan perspektif terbaharu Mirage. 

"Ketika kami memutuskan untuk membawa kembali Mirage, adalah sangat penting untuk kami memberikan perspektif baru yang seiring dengan budaya dan gaya hidup ketika ini. Mengaitkan Mirage dengan budaya DJ, ia seolah-olah sepadan dengan profil Mirage sendiri.

Budaya DJ mendapat populariti yang signifikan pada tahun 1970, begitu jugalah dengan Mirage yang mula diperkenalkan pada waktu-waktu itu. Sniker dan muzik selalu menjadi wahana budaya remaja, jadi siapa lagi yang lebih baik menjadi wajah Mirage jika bukan DJ Snake?” ulas Heiko.

Mirage Tech PUMA adalah gabungan kasut retro dengan sentuhan gaya futuristik. Gaya yang diperbaharui ini menampilkan warna trippy, bahan menarik dan elemen futuristik yang mendapat inspirasi daripada cahaya, tenaga, dan suasana pertunjukan EDM.

DJ Snake merupakan seorang artis dan DJ muzik terkenal setelah membuat kejayaan antarabangsa pada tahun 2013 menerusi single ‘Turn Down for What’. Popularitinya semakin meningkat apabila dia bergandingan dengan ramai penyanyi popular seperti Selena Gomez, Cardi B, Justin Bieber dan Ozuna. 

Peminat DJ Snake dan koleksi PUMA boleh dapatkan Mirage yang berharga RM469 di PUMA.com atau stor PUMA terpilih di seluruh negara bermula 24 Mac 2021.  Nantikan juga warna tambahan dan reka bentuk Mirage terbaharu yang akan dilancarkan dari masa ke masa sepanjang 2021. - Getaran, 30 Mac 2021

Semua gambar: PUMA

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 hari yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

2

Gaya 2 minggu yang lalu

Rumah Kecil, Banyak Fungsi, Kenapa Rakyat Malaysia Kini Cari Perabot Fleksibel

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Ulang Tahun Ke-30 IKEA Malaysia: Membina Ruang, Mengukir Kenangan Bersama Rakyat Malaysia

4

Gaya 1 bulan yang lalu

ICE-WATCH Malaysia Perkenal Bewatch Chrono, Jam Tangan Maskulin Untuk Gaya Hidup Moden

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi