web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Deborah Henry Dan Fyza Kadir ‘Bercahaya’ Untuk #LarneyRaya2021

Larney persembahkan ‘Into The Light’ - kempen raya yang sarat dengan mesej optimis untuk masa hadapan.

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2021 8:45AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melewati kejayaan kempen raya tahun lalu, Larney mempersembahkan koleksi #LarneyRaya2021 bagi gaya Aidilfitri tahun ini, bertemakan Into the Light by Larney.

Kempen penuh glamor ini dibintangi dua jelitawan terkenal, Deborah Henry dan Fyza Kadir. Menariknya, koleksi ini bagaikan sambungan kepada mesej yang disampaikan pada 2020, tetapi lebih sarat dengan tema optimis dan harapan untuk masa hadapan yang lebih bersinar.

Lockdown 2.0 Kurung
Lockdown 2.0 Kurung

Masih mengekalkan estetika Larney yang terkenal dengan gaya feminin dan sofistikated, Larney menamakan setiap rekaannya di dalam koleksi ini dengan nama-nama penuh berinspirasi seperti Recover Lace Kurung, Rebirth Caftan, Relive Lace Kebaya, Recreate Kurung Kedah, Rebalance Pareo Kurung dan Revamp Puffed Kurung. 

Menurut pengasas Larney, Zura Zabidi, “Sebanyak 20 rekaan baru bakal diperkenalkan untuk tahun ini dan pelanggan kami boleh memilih daripada rekaan santai serta mudah seperti kaftan dan Kurung Kedah, sehinggalah ke rekaan yang lebih dramatik dan moden seperti tulle mini kurung yang sememangnya bagaikan sudah sinonim dengan jenama ini.

“Pemilihan Deborah Henry dan Fyza Kadir bagi membintangi kempen ini menggambarkan semangat keseluruhan koleksi Into the Light by Larney. Bukan sahaja dikenali sebagai jelitawan yang versatil, mereka berdua adalah wanita berkeyakinan tinggi dan berjaya mengimbangkan perihal kerjaya serta peribadi dengan begitu baik,” ujar Zura. 

Reborn Kurung Riau
Reborn Kurung Riau

Into The Light by Larney terbahagi kepada dua segmen. Segmen pertama adalah rekaan-rekaan baru dengan siluet yang segar, manakala segmen kedua pula terdiri daripada rekaan-rekaan popular yang dibawakan semula dengan warna-warna yang baru. Sebagai contoh, rekaan Lockdown Kurung yang kini diberi nafas baru dan dinamakan Lockdown 2.0 Kurung. 

Menggunakan pelbagai fabrik daripada satin sutera, kain kapas sehinggalah kain renda serta sulaman yang dipilih sendiri oleh Zura, dia percaya koleksi ini akan diterima baik oleh wanita dan menarik peminat-peminat baru jenama ini kerana mesej positif yang disampaikan. 

“Ia bagaikan satu pesanan penuh harapan daripada Larney kepada semua pelanggan kami, sama ada yang lama mahupun yang baru, kita semua bersama-sama di dalam situasi ini. Kita berjaya menyokong sama sendiri dalam menempuhi kegelapan.”

“Kala kita mula melalui sinar harapan, amat penting untuk kita terus mengekalkan sifat positif yang membawa kita semua ke sini. Ia bertepatan dengan semangat Ramadan dan Syawal nanti. Tiada salahnya kita kelihatan hebat di hari-hari cerah yang mendatang,” ucap Zura lagi.

Bermula dari RM379 hingga RM689, #LarneyRaya2021 boleh didapati di laman sesawang Larney, juga lawati butik Larney di Isetan, KLCC dan Setia City Mall. – Getaran, 30 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 hari yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

2

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Gaya 2 minggu yang lalu

Rumah Kecil, Banyak Fungsi, Kenapa Rakyat Malaysia Kini Cari Perabot Fleksibel

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Ulang Tahun Ke-30 IKEA Malaysia: Membina Ruang, Mengukir Kenangan Bersama Rakyat Malaysia

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi