web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Langkah Membuat Jaket Kulit Berkualiti

Jaket kulit asli seringkali mahal harganya. Mengapa begitu? Mari pelajari langkah-langkah membuat jaket kulit dan ketahui mengapa harganya tinggi.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2022 5:14PM

Gambar Hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jaket kulit adalah pakaian luar yang diperbuat daripada kulit binatang seperti lembu, kambing dan seumpamanya. Ia boleh diperagakan untuk sesebuah majlis atau dipakai secara kasual oleh golongan lelaki atau wanita.

Secara asasnya, jaket kulit ini berfungsi untuk melindungi diri daripada cuaca sejuk atau angin. Jadi tidak hairanlah jika anda melihat terdapat sesetengah penunggang motosikal gemar memakainya walaupun berada di bawah pancaran terik matahari.

Evolusi jaket kulit dalam dunia fesyen sebenarnya bermula sejak 1928, apabila ia diperkenalkan legenda pereka fesyen iaitu Irvan Schott. 

Malah, kini terdapat jaket kulit yang dicipta khusus mengikut cita rasa si pemakai yang mahukan ia kelihatan lebih menonjol dan eksklusif apabila menyarungkannya.

Segmen Gaya pada kali ini berkongsi enam langkah penting proses pembuatan jaket kulit yang berkualiti tinggi. 

Gambar Hiasan Unsplash
Gambar Hiasan Unsplash

Pemilihan Kulit

Pemilihan kulit adalah proses permulaan yang amat penting bagi menentukan kualiti jaket. Proses ini merujuk kepada pemilihan atau penelitian oleh pereka jaket dalam mendapatkan kulit lembu, kambing dan lain-lain yang tidak mempunyai kerosakan ketika menerimanya daripada pembekal.

Lazimnya, jaket kulit kambing lebih ringan, lembut dan sesuai dipakai pada bila-bila masa.

Manakala kulit lembu pula mempunyai lapisan yang lebih tebal dan jaket yang dibuat menggunakan kulit lembu sering kali dipakai oleh penunggang motosikal. 

Selain itu, warna kulit juga perlu dipelbagaikan bagi memenuhi cita rasa pengguna. 

Gambar Hiasan Unsplash
Gambar Hiasan Unsplash

Penyamakan

Seterusnya, kulit perlu disamak dan dibersihkan terlebih dahulu dengan kaedah dan cecair yang betul menggunakan peralatan serta mesin khas.

Namun, proses bergantung juga pada alat atau mesin yang digunakan. 

Bagaimanapun,  tujuannya tetap sama iaitu untuk menanggalkan kekotoran, bulu halus serta protein yang terdapat pada kulit.

Ia dilakukan bagi mengelakkan penumbuhan bakteria yang boleh merosakkan permukaan kulit tersebut.

Gambar Hiasan Unsplash
Gambar Hiasan Unsplash

Pembasuhan Dan Pengeringan

Melalui proses ini, kulit haiwan tersebut perlu dibasuh dengan sempurna. Ia memerlukan skil dan kemahiran serta alat tertentu agar warna asal kulit tidak tercemar. 

Selepas itu, barulah proses pengeringan dijalankan menggunakan mesin pengering dengan teknik penyusunan yang betul. 

Kedua-dua proses tersebut melibatkan kos tenaga dan penyaman udara berkuasa tinggi bagi mendapatkan hasil kulit yang lembut tanpa sebarang kerosakan sebelum dijahit. 

Perlu diingatkan juga, bahawa jaket kulit yang berwarna hitam lazimnya akan lebih cepat pudar berbanding warna yang lain. 

Pudar ini disebabkan kesan daripada basuhan dan pendedahan cahaya matahari yang terlalu kerap pada permukaannya. 

Oleh itu, jaket kulit yang berwarna coklat selalunya akan lebih tahan lama dan sukar untuk pudar berbanding warna hitam.

Gambar Hiasan Pexels
Gambar Hiasan Pexels

Reka Bentuk

Proses ini terbahagi  kepada tiga bahagian iaitu pemotongan dan jahitan, corak serta lapik dan ia memerlukan kepakaran seni tangan yang sangat tinggi diikuti dengan penggunaan alat serta mesin jahit yang canggih. 

Setiap pemotongan dan jahitan mempengaruhi saiz jaket sama ada pelanggan boleh memakainya dengan selesa, selama mana yang boleh. Jika sudah longgar, bermakna terdapat jahitan yang telah terputus atau gertas.

Setiap bahagian cantuman akan dipotong dan dijahit menggunakan tiga kepingan kulit yang berasingan iaitu bahagian depan, belakang dan lengan.

Kemudian barulah ia dicorakkan menggunakan elemen dan teknik yang berbeza-beza berdasarkan kehendak pelanggan. Ia kemudian diakhiri dengan lapisan lapik yang berfungsi sebagai pemanas serta keselesaan saat si pemakai menyarungkannya. 

Gambar Hiasan Unsplash
Gambar Hiasan Unsplash

Semakan Kualiti

Setelah jaket kulit siap, semestinya proses semakan kualiti perlu dilaksanakan. Inilah proses terakhir sekali yang dilakukan untuk mengenal pasti jika terdapat kecacatan pada hasil terakhir jaket tersebut. 

Pemeriksaan ini merangkumi rupa bentuk seperti di dalam gambar, saiz, warna, jahitan dan elemen tambahan seperti poket, zip, butang dan lain-lain. 

Bahkan, pemeriksaan terakhir terhadap proses pembungkusan mengikut jenis kenderaan penghantar seperti kapal laut atau kereta perlukan dilakukan. Kemudian, barulah ia siap untuk dihantar kepada pelanggan. 

Inilah lima proses yang dipraktikkan dalam pembuatan jaket kulit yang berkualiti tinggi. Kelima-lima proses yang renyah inilah yang menjadi penyebab  sesetengah jaket memiliki nilai yang begitu tinggi di pasaran. Ia juga turut membantu mengekalkan kualiti jaket tersebut untuk jangka masa lama. - Getaran, 7 Jun 2022

Sumber: fjackets.com

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Kami Mahu Jho Low Dibawa Pulang Segera, Tapi Proses Rumit - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan