Khasiat atau kebaikan minyak zaitun telah diakui dan didokumentasikan sejak berabad lalu! Masyarakat Yunani kuno menganggap pokok zaitun adalah sesuatu yang suci.
Tabib Yunani kuno, Hippocrates, yang dikenali sebagai ‘Bapa Perubatan’ menyifatkan minyak zaitun sebagai ‘penyembuh yang hebat’.
Manakala penulis Yunani kuno, Homer, memanggilnya sebagai ‘liquid gold’ (emas cecair).
Dengan kehebatan minyak zaitun ini, jenama penjagaan kulit tersohor di Jepun, DHC telah menghasilkan rangkaian produk rawatan kulit yang menyatukan kecanggihan teknologi masa kini dengan ilmu botani tradisional sejak 40 tahun yang lalu.

Setelah berjaya menawan hati ramai pelanggan di beberapa negara di serata dunia, DHC kini tiba di Malaysia.
“Berbekalkan pengalaman dan kepakaran sebagai peneraju produk penjagaan kulit, jenama DHC bukanlah satu jenama asing di Malaysia kerana terdapat ramai pelanggan di sini yang sedang menggunakan produk kami.
“Dengan kemasukan ke pasaran Malaysia, rakyat Malaysia berpeluang mendapatkan rangkaian produk berkualiti tinggi kami pada harga yang berpatutan serta mempunyai pilihan yang meluas.
“Kami berbangga dan yakin dengan produk yang dihasilkan ini kerana ia diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi terpilih serta dirumuskan melalui kajian dan pembangunan serta teknologi maju di makmal kami yang terletak di Jepun.

“Kami sememangnya tidak sabar untuk memperkenalkan tahap dan falsafah penjagaan kulit yang baharu kepada para pengguna di sini,” ujar Pengarah Eksekutif, DHC, Gary Gauntt.
Pertalian DHC kepada produk penjagaan kulit berkualiti dengan menggunakan minyak zaitun berkualiti bermula lewat tahun 1970-an, apabila Ketua Pegawai Eksekutif DHC, En. Yoshiaki Yoshida melawat Sepanyol.

Beliau terpegun dengan sebuah keluarga Sepanyol yang merupakan pengusaha minyak zaitun berkualiti tinggi sejak lebih daripada 200 tahun lalu.
Kagum dengan kualiti minyak zaitun tersebut, lantas beliau merumuskan idea untuk menghasilkan satu rangkaian penjagaan kulit yang mengguna pakai teknologi Jepun terkini untuk memanfaatkan khasiat bersama minyak zaitun tulen yang diekstrak daripada buah zaitun organik, dengan ramuan berkualiti lain yang berasal dari alam semula jadi.

Dengan itu terciptalah DHC Olive Virgin Oil, produk kecantikan yang menjadi produk terlaris selama lebih 40 tahun dan sehingga hari ini ia masih dibuat menggunakan 100% minyak zaitun organik perahan pertama (virgin olive oil) dengan gred tertinggi untuk melembapkan kulit dengan setitik sahaja.
Penciptaan produk yang seterusnya adalah produk ikonik dan luar biasa, DHC Deep Cleansing Oil yang menggabungkan fungsi penanggal solekan dan pembersih muka yang menampilkan kuasa minyak zaitun organik perahan pertama.

Produk yang pernah memenangi anugerah ini menjadi begitu popular dengan penjualan melebihi 77 juta unit!
Kedua-dua produk teras ini digabungkan dengan dua produk DHC yang lain – DHC Mild Foaming Face Wash dan varian DHC Deep Moistening Lotion – untuk membentuk rutin penjagaan kulit ‘Double Cleanse, Double Moisture’ yang kini dikenali ramai dan diamalkan oleh pengguna di seluruh dunia.

Produk-produk ini disyorkan untuk digunakan bersama satu lagi produk yang terlaris iaitu DHC Lip Cream yang digemari ramai dan terjual melebihi 120 juta unit di serata dunia, untuk menjadikannya saturutin penjagaan kulit yang benar-benar holistik.
Rutin kecantikan ‘Double Cleanse, Double Moisture’ telah mendapat perhatian ‘Gadis Emas’ Malaysia (pemenang pingat emas dalam sukan renang), Cindy Ong.
Beliau terpikat dengan ‘liquid gold’ DHC lantas menjadikannya sebahagian daripada rutin kecantikan peribadinya.
Jadi, apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk mendapatkan ‘standard emas’ dalam rutin penjagaan kulit. Jika berminat, anda boleh dapat produk DHC di kedai-kedai fizikal seperti Watsons, Play Up Beauty Store and Don Don Donki di seluruh negara atau layari platform e-dagang popular, Shopee, Lazada dan Hermo.
Untuk maklumat lanjut tentang DHC dan rangkaian produknya, anda boleh layari laman sesawang DHC Malaysia. - Getaran, 23 Mac 2021