web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perniagaan Jurusolek Kembali Rancak Pada Fasa Peralihan Ke Endemik

Peralihan ke Fasa Endemik merancakkan kembali sektor perniagaan jurusolek apabila mereka turut menerima kesan positif daripada pembukaan semula sektor ekonomi di Malaysia berikutan selepas pandemik COVID-19.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2022 1:39PM

Gambar Hiasan, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peralihan ke Fasa Endemik merancakkan kembali sektor perniagaan jurusolek apabila mereka turut menerima kesan positif daripada pembukaan semula sektor ekonomi di Malaysia berikutan selepas pandemik COVID-19.

Bagi jurusolek, ia adalah khabar gembira daripada kerajaan sekali gus boleh menarik nafas lega kerana majlis sosial seperti perkahwinan, minum petang dan makan malam boleh diadakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Jurusolek profesional, Intan Nadia Syazwani Mohamed Nordin, 28, berkongsi rasa teruja apabila pelanggan sudah mula dan tidak ragu-ragu untuk menempah tarikh diinginkan berikutan mereka terpaksa menangguh majlis sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sebelum ini.

“Kalau dulu tiga orang sehari, sekarang boleh dapat sehingga 12 orang sehari kerana mereka tidak risau tarikh yang dipilih dikenakan PKP lagi.

“Dulu ada yang sanggup menunda tarikh tempahan sehingga sudah mempunyai anak sewaktu majlis persandingan kerana bimbang deposit tidak dipulangkan jika membatalkan tempahan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Jurusolek Amien Asyraq Razali, 25, turut meluahkan rasa lega apabila pendapatannya lebih terjamin sehingga tidak menang tangan menerima tempahan solekan lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

“Saya hanya hadkan tiga orang sahaja sehari demi menjaga kualiti walaupun jumlah yang minta sebenarnya lebih daripada itu,” katanya.

Amien bersyukur dengan peningkatan pelanggan diterima sekarang kerana beliau mengakui dua tahun lepas hanya sekadar cukup `melepaskan gian' sehingga ada rakan seperjuangannya terpaksa gulung tikar meninggalkan kerjaya mereka dalam bidang ini.

Senada dengan Amien, jurusolek profesional berasal dari Johor, Noorhanizah Mohd Rashid, 38, berkata tempahan dari pelanggan dilihat meningkat dengan ketara berbanding sebelum ini yang hanya terhad untuk nikah sahaja.

“Sebelum fasa peralihan endemik tempahan solek hanya terhad pada nikah sahaja atau majlis kecil-kecilan jadi lebih kurang 15 hingga 20 pengantin sebulan.

“Berbeza dengan sekarang, ia bertambah dalam 50 peratus kerana menerima tempahan untuk majlis-majlis lain juga iaitu 35 hingga 40 orang pengantin sebulan,” katanya.

Sementara itu, Noorhanizah berkata meskipun pelanggan bertambah, namun peningkatan harga alat solek sedikit sebanyak membantutkan pemulihan perniagaannya.

“Selepas pandemik bukan sahaja harga barangan dapur naik malah alat solekan juga sama membuatkan kami jurusolek agak terkesan sehingga terpaksa menaikkan harga servis solekan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

Hobi Mengait Jadi Terapi Diri, Jana Pendapatan

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Kerajaan Tidak Bercadang Laksana Semula PKP - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendapatan Pelaburan KWSP Meningkat 33 Peratus, Cecah RM47.86 Bilion

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik