web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tampil ‘Regal’ Bak Puteri Hari Raya Ini

Mewah dan megah, Larney persembahkan koleksi ‘Regal Raya’, dibintangi Fyza Kadir dan Whulandary Herman.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2022 8:45AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terkenal dengan rekaan eksklusif yang pasti menaikkan seri si pemakai, Larney mempersembahkan Regal Raya untuk santapan fesyen Aidilfitri 2022.

Koleksi ini meneruskan mesej optimistik yang disampaikan pada tahun-tahun sebelum ini, namun lebih sarat dengan gaya unik dan tersendiri, sesuai dengan situasi pasca pandemik kini.

Dengan kempen penuh glamor, koleksi ini dibintangi oleh dua jelitawan, Fyza Kadir dan Whulandary Herman.

Pemilihan Fyza dan Whulandary dilihat begitu tepat, menjadikan mereka sebagai pasangan muse paling elegan buat jenama ini.

Masih mengekalkan estetika gaya feminin, sofistikated dan mewah, koleksi ini menterjemahkan rekaan klasik yang dimodenkan.

Fyza Kadir dan Whulandary Herman
Fyza Kadir dan Whulandary Herman

Ia seolah-olah membawa para pemakainya meneroka siluet warisan lama, tetapi dihembus nafas baru.

Menurut pengasasnya, Zura Zabidi, “Sebanyak 15 rekaan baharu diperkenalkan untuk tahun ini dengan pelbagai warna.

“Pelanggan kami memilih rekaan santai dan mudah seperti kaftan dan kurung Kedah, sehinggalah ke rekaan dramatik dan moden.

“Kami juga mengolah beberapa rekaan yang menjadi kegemaran ramai dari tahun-tahun sebelum ini seperti Lockdown Kurung, Reborn Kurung Riau dan Rebirth Kaftan.

“Tahun ini juga, kami mempersembahkan rekaan berlisu (pleats) untuk baju kurung pesak, kurung Pahang dan juga abaya dengan kolar tinggi,” terang Zura.

Koleksi ini menggunakan fabrik-fabrik eksklusif seperti exquisite neat pleats, sutera satin, kain kapas, kain crepe dan sulaman yang diimport dari seluruh dunia oleh Zura sendiri.

Dia percaya Regal Raya akan diterima baik oleh semua golongan wanita dan dapat menarik peminat-peminat generasi baharu kerana rekaan dan mesej positif yang ingin disampaikannya. 

“Dari kualiti jahitan, kemasan serta pemilihan fabrik, Regal Raya adalah surat cinta kami untuk semua. ‘Regal’ ialah satu perkataan yang mempunyai makna yang amat besar bagi saya.

“Gaya yang anggun, rapi dan hebat jika digabungkan bersama keyakinan yang tinggi, pasti menaikkan seri. Regal Raya pastinya membuat sesiapa sahaja terpesona.

“Pemilihan Fyza dan Whulandary sebagai wajah kempen ini menjadi inspirasi buat ramai wanita di luar sana dan saya berbangga mereka sudi terlibat untuk kempen ini,” jelas Zura lagi. 

Dengan harga berpatutan, Regal Raya boleh didapati di laman sesawang Larney.com dan butik fizikal di Ampang, Isetan KLCC dan Setia City Mall. – Getaran, 29 Mac 2022

Gambar: Larney

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

10 Telefilem Meriahkan Syawal Anda

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Sedondon Sekeluarga Pilihan Rakyat Malaysia Ketika Sambutan Aidilfitri

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Trend Balik Raya Tidur Hotel Cetus Perdebatan, ‘Sampai Rumah Semua Sudah Dihidangkan…’

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 8 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN