web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pilih Pakaian Jangan Main Belasah, Tujuh Tip Mesti Tahu

Membeli memang mudah, tetapi kesal tak sudah bukan apabila pakaian yang dibeli tidak kena dengan badan. Ikuti petua kami untuk mencari busana paling tepat untuk anda.

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Jan 2021 11:40AM

Gambar: BBH Singapore, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Asal tengok koleksi pakaian terbaru di pasaran, hati meronta-ronta ingin mendapatkannya. Dalam fikiran sudah terbayang foto ‘OOTD’ yang bakal dikongsi di akaun Instagram akan mendapat ‘like’ yang banyak.

Nanti dulu! Fikir lagi sekali. Anda pasti koleksi baju terbaru itu sesuai dengan bentuk badan anda? Kalau bentuk badan persis supermodel mungkin apa sahaja yang disarungkan kelihatan mempesona. Jika sebaliknya, kena ambil tahu potongan pakaian bagaimana yang ideal dengan diri sendiri. 

Anda harus bijak memilih pakaian yang sesuai dengan potongan badan. Setiap helai pakaian yang disarung, memberikan impak yang berlainan. Oleh itu, pemilihan pakaian yang tepat membantu menyerlahkan penampilan supaya tubuh badan terlihat sempurna pada pandangan mata.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan agar pakaian yang dikenakan kelihatan serasi dengan bentuk badan. Perkara asas yang perlu anda tahu dalam pemilihan pakaian adalah memilih warna yang sesuai dengan kulit. Semak tip berikut supaya anda tidak salah memilih warna.

Gambar: Sam Lion, Pexels
Gambar: Sam Lion, Pexels

1) Jika anda berkulit cerah (putih) jangan sesekali mengenakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau pink.

2) Jika anda berkulit kuning langsat, warna-warna tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru merupakan pilihan yang terbaik.

3) Jika anda berkulit sawo matang pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar anda terlihat lebih menarik.

4) Jika anda berkulit gelap, warna-warna tanah yang lembut merupakan pilihan tepat untuk pakaian anda.

Gambar: Cam Morin, Unsplash
Gambar: Cam Morin, Unsplash

7 Tip berpakaian mesti tahu:-

1) Pakaian yang menggunakan warna gelap akan menimbulkan kesan ramping pada tubuh badan.

2) Baju tanpa lengan, berleher tinggi (turtleneck), sangat sempurna untuk meminimalkan dada yang besar.

3) Tidak ada kata ‘maaf’ untuk garis seluar dalam yang kelihatan. Carilah cara agar garis seluar dalam anda tidak kelihatan. Selain itu boleh beli seluar dalam yang bersifat tidak berkelim (seamless).

4) Satu lagi hal yang perlu diperhatikan adalah tali coli buat wanita. Ia tidak seharusnya kelihatan. Sediakan coli tanpa tali yang dapat digunakan ketika anda mengenakan baju atau gaun tanpa lengan atau bertali halus.

5) Sebaiknya gantilah kasut lama anda. Kasut yang sudah terlalu lama mempunyai warna yang pudar dan ini akan merosakkan penampilan.

6) Sandal sebenarnya tidak sesuai dipadankan dengan gaun atau kemeja. Walau bagaimanapun, ia baik untuk kesihatan kaki.

7) Anda beruntung jika memiliki leher yang jinjang. Ini kerana bentuk leher seperti ini sesuai untuk baju berkolar tinggi. Jika leher anda sedikit lebih pendek, pakailah rantai atau kalung yang mampu memberi ilusi cantik.

- Getaran, 27 Januari 2021

Sorotan

1

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

2

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

3

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

4

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

5

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

6

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN