Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Transformasi Rumah Pangsa Indahkan Kawasan Kediaman 

Persis hotel, itulah gambaran suasana Rumah Pangsa Pandan utama, Ampang yang dihias cantik dengan pelbagai corak serta rekaan berlainan di setiap tingkat mengikut kreativiti penduduk.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2022 6:34PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dari luar, bangunan 12 tingkat yang mempunyai 216 pintu ini hanyalah rumah pangsa dengan cat luaran yang hampir lapuk sama seperti perumahan kos rendah lain, namun jika menjengah di bahagian ruang lobi, dekorasinya tidak ubah seperti hotel.

Itulah gambaran suasana Rumah Pangsa Pandan Utama, Ampang, yang dihias cantik dan menarik dengan pelbagai corak serta rekaan berlainan di setiap tingkat mengikut daya kreativiti penduduk.

Lebih menarik, projek dekorasi itu yang merupakan hasil kerjasama Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Persatuan Penduduk turut dilengkapi dengan tanda arah rumah sekali gus memudahkan pengunjung luar mencari unit kediaman yang ingin dilawati. 

Transformasi ruangan lobi mendapat pujian banyak pihak.
Transformasi ruangan lobi mendapat pujian banyak pihak.

Pengerusi JMB Rumah Pangsa Pandan Utama, Hussin Yahya, 67, berkata transformasi itu bermula ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020 bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Katanya, rata-rata penduduk di situ yang bekerja sebagai buruh binaan dalam pelbagai sektor enggan mensia-siakan waktu lapang yang ada sepanjang PKP.

“Asalnya, kami hanya merancang untuk mengecat dan menghias ruang lobi bawah memandangkan ia adalah kawasan tumpuan utama keluar masuk sekali gus mencipta ruang yang lebih selesa buat penduduk.

"Namun, kami sangat teruja selepas melihat hasilnya lantas bersepakat untuk sama-sama mengindahkan dan mencantikkan ruang lobi di setiap tingkat,” katanya kepada Bernama.

Lebih membanggakan, bagi tujuan itu, penduduk sanggup mengeluarkan modal sendiri selain terdapat individu yang bermurah hati untuk menderma atau menajanya.

“Tiada paksaan dalam soal kutipan, ia bergantung kepada kemampuan penduduk kerana kita sedar bukan semua mampu untuk melakukannya. Pendek kata, kalau nak lagi cantik, modal pun kena lebih,” katanya.

Ruang balkoni kediaman penduduk yang dihias cantik.
Ruang balkoni kediaman penduduk yang dihias cantik.

Tidak sekadar cantik dan menarik, tinjauan Bernama di kawasan persekitaran rumah pangsa itu mendapati keadaannya hampir sifar sampah di atas jalan raya sekali gus mewujudkan persekitaran bersih dan ceria.

Bagi Mazilah Abd Jalil, 49, pula semangat permuafakatan dalam kalangan penduduk menjadi kunci utama yang mengubah mentaliti kehidupan di rumah pangsa terutamanya apabila membabitkan soal kebersihan, vandalisme dan isu sosial.

"Jujurnya, kami sangat bersyukur dan terharu dengan semangat sukarelawan dalam kalangan penduduk. Tambahan pula, flat (perumahan) kami sangat aktif dengan pelbagai aktiviti.

"Walaupun ada cleaner (tukang cuci) yang bertanggungjawab membersihkan kawasan persekitaran, penduduk mengambil inisiatif untuk menghias dan membersihkan sendiri laluan koridor dan bumbung rumah," kata Mazilah yang juga Setiausaha JMB di rumah pangsa berkenaan.

Beliau berkata, secara tidak langsung keadaan itu turut melahirkan masyarakat berfikiran positif selain mengeratkan hubungan sesama mereka.

(Dari kanan) Hussin, Mazilah dan Zulkifli di hadapan laluan utama Blok C Rumah Pangsa Pandan Utama.
(Dari kanan) Hussin, Mazilah dan Zulkifli di hadapan laluan utama Blok C Rumah Pangsa Pandan Utama.

Turut sependapat Zulkifli Abdul Rahman, 46, yang menyifatkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa kawasan tumpuan seperti lif, parkir dan lobi membantu kawasan kediaman mereka berada dalam keadaan lebih selamat dan terjaga.

"Setakat hari ini, belum ada perbuatan khianat yang terpaksa kami hadapi. Walaupun masih ada beberapa kelompok individu kekal dengan mentaliti lama, apa yang kita terapkan adalah bersabar dalam mendidik mereka.

“Mereka ini perlu diberikan lebih motivasi, kesedaran atau kaunseling sehingga akhirnya mereka yang akan malu sendiri dengan perbuatan tidak bertanggungjawab mereka," katanya.

Kesepakatan penduduk Rumah Pangsa Pandan Utama dalam mengecat dan menghias kawasan kediaman bukan sahaja mendapat pujian orang ramai tetapi juga daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) selain bakal menerima kunjungan daripada pihak berkuasa tempatan yang lain dalam tempoh terdekat.

Selain itu, penduduk rumah pangsa itu juga berharap agar permintaan untuk mengecat luar bangunan perumahan akan diluluskan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor, tahun ini. - Bernama


Gambar: Muhammad Ridwan, Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Sentiasa Terbuka Terima Pandangan BERSIH - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Penduduk Terkejut Penemuan Rangka, Tak Hidu Bau Busuk Atau Dengar Jeritan

4

Semasa 4 bulan yang lalu

2 Lelaki Maut Dihempap Pokok Tumbang Di Ampang

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Jelajah 21 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran